pic pinterest

CURANG begitu sinonim buat kaum adam. Tetapi, kaum hawa juga ada yang berlaku curang pada pasangan. Lebih menyedihkan apabila yang curang itu sudah bergelar isteri. Bermula dengan teman sepejabat hingga kepada teman tapi mesra yang tanpa sedar menjadi kekasih gelapnya.

Suami Semakin Boroi, Isteri Curang Senyap-Senyap

1. KURANG PERHATIAN DARIPADA SUAMI
Wanita sukakan belaian, kasih sayang dan perhatian orang yang dicintainya. Tanpa perhatian ini, hati mereka akan rasa diabaikan. Cik abang jangan ambil lewa hal perhatian dengan isteri.

Jangan anggap isteri ada teman (anak) sudah cukup buat mereka? Mereka juga perlukan suami walau sibuk manapun kamu dengan hal kerja dan minat kamu. Luangkan masa untuk isteri. Ingat? Jangan bila isteri sudah ber ‘Yang” dengan lelaki lain baru kamu naik angin dan berubah!

IKLAN

2. PERHATIAN LEBIH DARI LELAKI LAIN
Wanita ini memang perhatian dan pujian. Pantang dipuji atau menerima layanan lebih dari lelaki lain mulalah hati tersentuh, lama-lama boleh timbul rasa sayang seterusnya jatuh cinta.

Ingat! Fakta ini menjadi antara punca utama kenapa boleh berlaku isteri curang. Janganlah kedekut untuk memberikan pujian dan bertanya khabar pada isteri walaupun sekali sehari!

IKLAN

3. PERUBAHAN SIKAP DAN PENAMPILAN SUAMI
Kalau lelaki sukakan kecantikan begitu juga dengan wanita. Mereka juga mahukan suami yang menarik di matanya. Suami yang dulu kurus dan kacak kini perut boroi dan gemuk, pasti menyebabkan mereka mencari yang sedap dipandang. Jangan ingat lelaki saja yang pentingkan perkara ini ye cik abang semua.

IKLAN

4. BALAS DENDAM
Biasanya perkara ini berlaku apabila suami pernah kantoi curang. Isteri menjadikan ini alasan untuk curang (balas rasa sakit hati) pada suami. Mungkin si isteri mahu suami merasakan bagaimana rasa sakitnya hati dicurangi. Gitu!

5. TIDAK DAPAT KEPUASAN DARIPADA SUAMI
Lelaki biasanya akan curang kerana rasa diri tidak dihargai sepenuhnya. Manakala, wanita pula didapati berlaku curang kerana keperluan seks mereka tidak dipenuhi secukupnya. Jadi, cik suami semua belajarlah puaskan isteri di atas katil, jangan hanya pada kepuasan diri sendiri. Tahu kan caranya? Ini sedikit tip mungkin membantu anda!

6. CUBA-CUBA
Ada isteri yang sekadar mahu cuba-cuba kerana ingin tahu sama ada dirinya masih cantik dan laris di kalangan kawan-kawan di tempat kerja. Bermula hanya cuba-cuba dan apabila sudah berjaya, maka hati akan berbunga. Kemudian hubungan kawan akan mula berpanjangan dan bertukar menjadi pasangan istimewa. Ada juga isteri yang macam ini ek!

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI