Wanita cukup suka dengan kata-kata pujian lebih-lebih lagi pujian itu diberikan oleh insan paling istimewa. Dalam pergaduhan rumah tangga, si isteri pasti akan merajuk terlebih dahulu dan menginginkan suami untuk memujuk. Bukan hadiah berupa emas permata yang dipinta untuk memujuk hati yang lara. Cukup sekadar ungkapan atau kata-kata manis yang diberikan oleh suami tercinta.

Mungkin ia kedengaran klishe, namun itulah realitinya. Wanita cukup suka mendengar kata-kata ikhlas dari suami. Dengan cara ini, hati mereka mudah sejuk dan merasa diri mereka sentiasa dihargai. Walaupun ungkapan ini kedengaran remeh namun ia dapat menunjukkan sikap prihatin dan ambil berat seorang suami pada isterinya.

Pesona Pengantin senaraikan 7 ungkapan istimewa yang isteri ingin dengar daripada suami. Tidak susah pun untuk memujuk hati isteri ya!

1. “Saya hampir tidak mengenali sayang! Sayang nampak kurus.”

Tidak kira bagaimanapun keadaan fizikal isteri, sebagai seorang suami jangan pernah merendah-rendahkan isteri. Isteri telah banyak berkorban untuk suami. Ya, tubuh fizikal isteri akan berubah dengan berlalunya masa. Tidak ada yang kekal di dunia ini. Jika ada yang suami ingin ubah pada isteri, cakap secara baik tanpa melukakan hati isteri.

2. “Tidak kira berapa banyak kosnya kalau sayang dah suka!”

Suami Sila Take Note! Inilah 7 Ungkapan Istimewa Yang Isteri Nak Dengar Dari Mulut Anda

Ads

Belikan hadiah buat isteri sebulan sekali. Jangan berkira harga hadiah tersebut. Lelaki yang tidak berkira ini sangat di senangi para wanita.

3. “Tidak kira apa pun yang berlaku, kita akan tempuhinya bersama!”

Sentiasa ingat tanggungjawab, beban atau masalah perlu dipikul oleh suami dan isteri. Jangan sering menunding jari antara satu sama lain. Tempuhi segala cabaran dan dugaan bersama kerana menempuhi dunia perkahwinan memerlukan kerjasama daripada dua orang.

4. “Sayang nampak cantik tanpa bersolek!”

Suami Sila Take Note! Inilah 7 Ungkapan Istimewa Yang Isteri Nak Dengar Dari Mulut Anda

Ads

Isteri mana yang tidak mahu mendengar ungkapan ini daripada suami mereka. Ungkapan ini merupakan ungkapan idaman setiap wanita kerana ini membuktikan suami anda menerima kecantikan diri anda sebenarnya tanpa dilindungi sebarang alat solek.

5. “Sayang, pergi berehat! Biar saya yang memasak, membasuh, kemas rumah dan bantu anak-anak dengan kerja rumah mereka.

Kalau si isteri dengar ungkapan ini pasti hati mereka akan cair. Selama ini tanggungjawab menguruskan rumah tangga terletak pada bhu isteri. Jadi tak salah jika sekali-sekala si suami mengambil-alih tanggungjawab menguruskan rumah dan menjaga anak dan biarkan isteri berehat. Bergilir-gilir membuat kerja rumah dapat membantu meringankan beban isteri.

Ads

6. “Sayang adalah wanita pertama yang ibu saya suka!”

 

Suami Sila Take Note! Inilah 7 Ungkapan Istimewa Yang Isteri Nak Dengar Dari Mulut Anda

Ungkapan ini bukan sahaja dapat mencairkan hati isteri apabila suami mengaku dia adalah wanita pertama dalam hidupnya bahkan ungkapan ini juga dapat membantu mengeratkan lagi hubungan isteri dan mak mertuanya.

7. “Ya, kita akan ke Bali! Ya, untuk sebulan!”

Tidak salah kalau suami merancang percutian selama sebulan bersama isteri. Anggap sahaja ia sebagai penghargaan kepada isteri yang selama ini berpenat lelah menguruskan suami, rumah dan anak-anak. Kalau ada rezeki lebih, tidak salah kalau nak pergi selama sebulan pun.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI