Adakah suami anda suka lepak malam bersama kawan-kawan, tinggal anak bini tidur seorang diri di rumah? Kadang-kadang, subuh baru balik. Zaman sekarang, lepak malam-malam dengan kawan-kawan ibarat satu fitrah buat lelaki. Tak boleh kalau tak buat. Tak tenang kalau sehari tak melepak. Lebih-lebih lagi kalau jumpa kawan yang minatnya sama. Hari-hari main futsal, memancing dan sebagainya. Bagi lelaki, perkara ini bukan satu kesalahan sebab mereka bukannya curang atau melakukan dosa. Namun, seorang isteri yang selalu inginkan suami di sisi sudah pasti akan ‘terasa’ dengan tindakan suami yang suka melepak.
Sebab itu, kedua-dua pihak perlu ada toleransi. Isteri jangan minta suami kurangkan masa lepaknya dengan kawan-kawan, kerana perkara tersebut akan membangkitkan rasa tercabar dan susah untuk suami mendengar teguran pada saat egonya sedang melambung tinggi. Dan suami, fahamilah hati wanita. Tak salah nak melepak, tapi perlu ke setiap hari?
Renungan Buat Suami, Dengarkanlah.
4.Elakkan daripada terlalu banyak keluar bersama kawan-kawan. Jika perlu dalam aktiviti bersama kawan-kawan, bawa isteri bersama dan bertoleransilah agar minat dan hobi kita serta hobi pasangan kita dihargai satu sama lain.
5.Cipta waktu bersama isteri lebih romantik untuk dikenang dan dirasai lebih panjang oleh isteri kita. Fitrah wanita, bila dibelai dan dilayan secara romantis, kebahagiaannya lebih terasa dan sedikit sebanyak mengurangkan rasa tidak puas hati terhadap waktu kekosongan, bila kita tiada di sisinya.