Hubungan

Suami Temanlah Isterimu Di Bilik Bersalin, Baru Faham Erti Kepayahan Jadi Seorang Isteri

Share

Apa Keperluan Suami Teman di Dalam Bilik Bersalin?

Sesetengah wanita yang ingin bersalin, suami adalah sosok penting yang perlu berada di samping mereka ketika proses hendak bersalin. Ini kerana suami berperanan untuk memberi sokongan emosi dan fizikal sewaktu isteri sedang sakit.

Bagi wanita yang mempunyai pengalaman bersalin, mereka mengibaratkan sakit tersebut seperti nyawa berada dihujung tanduk. Ketika itu kebanyakkan wanita tidak dapat berfikir dengan rasional.

Disini peranan suami untuk menenangkan isteri, memberi kata-kata semangat, memberikan urutan. Suami perlu bijak kendalikan situasi ketika ini dan perlu banyak bersabar.

Jika suami tiada kesabaran melayan isteri ketika ini, itu yang membuatkan mereka akan naik angin dan mengamuk.

Adakah Suami Perlu Ada Pelajaran Sebagai Doula?

Menurut penjelasan American Pregnancy Organization, doula adalah seorang pelatih profesional yang membantu memberikan sokongan dari segi emosi, pendidikan (contohnya, ilmu kehamilan, cara meneran, cara bernafas) dan fizikal (secara sentuhan seperti urutan).

Tugas utama doula adalah untuk membantu para ibu mempunyai pengalaman bersalin yang selamat, menenangkan dan diingati.

Golongan ini telah pun wujud berabad lamanya dan dikatakan mampu memberikan pengalaman positif kepada para ibu yang hamil dan bakal bersalin.

Walaubagaimapun di Malaysia, perkhidmatan doula tidak diiktiraf kerana banyak kejadian buruk berlaku berkaitan doula.

Kesan Suami Teman Isteri Dalam Bilik Bersalin

Di pihak isteri mungkin mereka gembira apabila suami menemani sepanjang proses kelahiran di bilik bersalin. Namun apa pula perasaan doktor, nurse atau pesakit lain yang mungkin berada di dalam bilik yang sama.

Bagi doktor dan nurse, adanya orang lain di dalam bilik rawatan mungkin akan menganggu konsentrasi dan keselesaan mereka untuk melakukan kerja.

Mungkin ada suami yang sibuk dengan tugas yang doktor/nurse lakukan konon mereka juga bijak. Ini akan memberi tekanan kepada doktor/nurse.

Selain itu ada juga kejadian suami pengsan di bilik bersalin kerana fobia dengan darah. Perkara seperti ini juga akan menganggu tugas doktor.

Sebab itu ada beberapa hospital kerajaan mahupun swasta telah meletakkan syarat tiada sesiapa dibenarkan untuk menemani ibu yang ingin bersalin.

Published by
Kim