Memiliki suami yang workaholic boleh membuatkan para isteri resah. Selain kerap kali lupa waktu pasangan yang terlalu leka dengan kerjaya mahupun hobi juga seringkali menyebabkan mereka kurang tertarik kepada hubungan intim.
Jika sesekali terjadi mungkin tidak mengapa. Namun jika berterusan, bakal mencetuskan keretakan rumah tangga pula. Lebih malang, jika sang isteri merasa dirinya dicurangi dalam diam. Ketahui trik dan stimulasi yang tepat bagi mengalihkan perhatian suami dari obsesinya.
FAHAMI ALASAN SUAMI
Fahami situasinya sebelum anda menilai sang suami sebagai workaholic. Adakah dia mempunyai beban kerja yang berat? Adakah dia sedang berusaha keras untuk kenaikan gaji yang lebih baik berbanding sedia ada? Dengan memahami alasan mengapa suami workaholic dapat membantu anda untuk melihat setiap sesuatu dalam perspektif yang lebih objektif.
HADAPINYA TANPA BEREMOSI
Berbicara dengan suami dan biarkan dia tahu bahawa keluarga juga memerlukannya. Sebaiknya jangan merengek, mengeluh mahupun menyalahkan sang suami. Oleh itu, berbincanglah dengan cara yang sopan serta tidak berkasar antara satu sama lain.
KEMBALIKAN HAL YANG ‘HILANG’
Tunjukkan hal-hal kekeluargaan yang terlepas dari suami anda. Umpamanya, letakkan gambar anda bersama anak-anak di mana-mana sudut rumah. Kemungkinan suami akan menyedari bahawa dia tiada di dalam gambar tersebut dan akan cuba untuk menghabiskan lebih banyak waktu bersama keluarga.
BANTUAN KAUNSELING
Jika situasi ini masih berlanjutan dan menemui jalan buntu maka jangan ragu-ragu untuk menemui pakar psikologi mahupun terapi. Anda boleh pergi untuk sesi kaunseling secara individu ataupun bersama pasangan demi mendapatkan jalan penyelesaian yang terbaik.
Helah Bangkitkan Mood Si Dia
1.Sasar Pancaindera
Nyalakan lilin beraroma seperti vanila, bergamot atau sandalwood. Sediakan juga minyak urutan aromaterapi dengan haruman yang eksotik seperti lavender atau musk. Saat pasangan sedang asyik, berikan urutan ringan di titik-titik rangsangan. Sebaik pasangan merasa tenang dan ghairah, lebih mudahlah bagi anda untuk mengajaknya bercinta.
2. Ajak Bermain
Pelawa pasangan bermain permainan klasik seperti dart yang mampu menarik perhatian suami untuk bercinta secara terang-terangan. Bagi yang kalah mahupun menang, akan ada ‘hukuman’ atau ‘hadiah’ yang bakal dituntut. Pastinya, ia dilakukan di kamar tidur dalam suasana yang romantik.
3. Tampil Seksi
Pilih pakaian dalam terbaik anda, atau jika perlu belilah sepasang pakaian dalam yang seksi. Anda boleh membeli satu set bra dan panties dengan tambahan suspender, stoking ataupun gaun nipis. Mainkan imaginasinya, buatkan pasangan penasaran terhadap anda. Pakaian dalam yang diperbuat daripada bahan satin, renda atau tulle cukup seksi untuk dikenakan saat malam hari.