Nak jadi seorang suami yg baik sebenarnya tak susah mudah sangat. Patuhi dan laksanakan tanggungjawab. Tunaikan nafkah zahir dan batin.

Bagi isteri tempat tinggal yg selesa, makan minum yg secukupnya, pakaian yg bersesuaian yang menutup aurat, perubatan dan perlindungan. Jaga aurat, maruah dan kehormatan isteri walau dimana saja kita berada.

Suami Yang Baik Tak Akan Lupa Jasa Isteri Bila Sudah Senang
gambar sekadar hiasan

Keluar cari rezeki

Bangun awal pagi, setiap hari dan keluar bekerja utk ada pendapatan…tak kisahlah keje swasta, keje kerajaan, berniaga, jadi runner makanan atau jual insurans…the point is, bekerja atau berniaga utk ada pendapatan yg hal#l supaya pendapatan tu boleh digunakan utk menunaikan tanggungjawab kpd isteri.

Tahu bila patut keluar melepak atau buat hobi

Bukan tak boleh lepak, ride, memancing, hiking atau masuk hutan, tp perlu tahu bila sepatutnya kita buat smua perkara2 tu…ambil kira kekerapan kita buat smua tu dlm masa seminggu atau sebulan dan tgok situasi/keadaan kita dan isteri…adakah keadaan membenarkan kita utk melakukan smua perkara2 tu, adakah isteri tiada masalah utk kita buat mcm tu dan lihat keutamaan kita sblum decide.

Tiada ego dan rahsia dlm rumahtangga

Kalau buat salah, mengaku buat salah dan jangan di tunding jari pd pihak yg tak buat slh…jgn ego sgt utk mengaku, jangan pantang ditegur dan jgn tak boleh dinasihat….jika atas nama kebaikan, maka tiada had bg seorang isteri utk terus tegur dan nasihat suaminya…bila dh jadi suami, its not you r always right beb…jgn sembunyikan apa2 dr isteri, klu ada masalah kewangan, bgtau isteri…jgn buat pinjaman peribadi then dah xbleh nk bayar, bru bgtau isteri…susah, xde duit, cakap xde duit…jgn bahagiakan atau senangkan isteri dgn penipuan.

Bila dah senang, jangan lupa siapa yang ada ketika kita susah

Ads

Kaum isteri paling takut bila suaminya senang dan dah stabil…sbb? Kesenangan suami akan menjadi satu uj1an utk dirinya sbb kebanyakan org akan lupa diri bila kehidupannya dah bertambah baik…sentiasa berpij4k di bumi yg nyata dan ingat siapa yg bersama kita ketika kita ni nothing, ketika kita ni bukan siapa2 dan tiada apa-apa.

Suami Yang Baik Tak Akan Lupa Jasa Isteri Bila Sudah Senang
Gambar sekadar hiasan

Adil dan saksama untuk ibu dan isteri sendiri

Tak boleh melebihkan mana-mana pihak hatta ibu sendiri atau isteri…syg mcm mna pun pd isteri, tanggungjawab pd ibu masih wajib utk dilaksanakan…patuh dan taat mcm mna pun pd ibu, jgn smpai abai dan menganiaya isteri sendiri.

Jangan mula main perempuan

Perempuan yang cantik, muda dan single is everywhere, banyak pilihan yg selalu Allah hadapkan depan mata…tp bila dah jadi suami, sentiasa tundukkan pandangan, jaga pergaulan dan jgn berhubungan dgn pompuan lebih dr sekadar yg ditetapkan…ingat status diri, ingat kemampuan diri…hubungan yg halal akan mula bermas4lah saat kita mengejar yg haram.

Ads

Jangan tinggal solat, jaga hubungan dengan Allah

Saat kau tinggal solat, maka saat itu kau akan mudah terpengaruh dgn perbuatan jahat, saat kau tinggal solat, maka saat itulah hidup kau akn berubah 360 darjah. Hati akan keras, ego akan melangit, rezeki makin sempit dan kau akan makin jauh dr akhirat sbb kau dah dibuai dengan nikmat duniawi yang sifatnya sementara sahaja, jika Allah pun kau boleh tinggalkan, apatah lagi manusia.

 

 

 

Ads

 

 

 

 

Sumber : firdaus shakirin

 

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI