Suami yang baik adalah satu rezeki yang tak ternilai buat para isteri. Jika ada anak, mempunyai ciri suami terbaik ini akan membentuk satu keluarga yang bahagia. Sebagai isteri bukan wang ringgit yang diperlukan untuk membentuk keluarga bahagia.
Ada orang kaya, hidup serba mewah tetapi tidak bahagia kerana suaminya tidak bertanggungjawab. Suami yang tidak bertanggjawab boleh menyebabkan huru-hara rumah tangga dan paling menyedihkan membawa kepada perceraian.
1. Ajar dan Bimbing Isteri Ke arah Agama
Sebagai seorang Muslim, perkara paling utama adalah dapat membawa isteri dan anak-anak berpegang teguh kepada ajaran Islam. Suami boleh menjadi imam solat fardhu, ajarkan baca Al-Quran dan tunjuk tauladan para nabi kepada anak-anak. Doa keluarga bahagia.
“Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menjadi penyejuk mata kami melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.” (Surah Al-Furqan, ayat 74)
Semua perkara ini akan membawa keluarga ke arah lebih dekat dan diredhai Allah SWT. Pada akhirnya, kita akan kembali mengadap Ilahi dengan segala amal baik yang kita lakukan di dunia.
2. Rajin Berusaha Mencari Rezeki
Ciri suami terbaik berikutnya adalah rajin berusaha mencari rezeki untuk keluarga. Contohnya, rajin bekerja, tidak malas dan sentiasa mahu menambah pendapatan keluarga. Asalkan rezekinya halal dan diberkati. Sebagai seorang suami sudah pasti mahukan rezeki terbaik seperti makanan untuk diberikan kepada isteri dan anak-anak.
3. Bijak Urus Duit
Duit gaji diurus dan digunakan dengan sebaiknya. Suami yang bijak akan aturkan wang untuk perbelanjaan dapur, nafkah isteri dan keperluan anak-anak. Mengurus wang adalah satu ilmu penting kepada keluarga. Jangan sampai ‘tercekik’ di tengah bulan gara-gara berbelanja tanpa perancangan.
4. Bantu Basuh dan Sidai Pakaian
Dunia sekarang rasanya susah nak jumpa basuh baju pakai tangan. Banyak sudah guna mesin basuh. Membantu isteri basuh dan sidai baju juga satu ciri suami terbaik idaman wanita.,Hanya masukkan baju, tunggu sejam dua dan siap. Kemudian sidai. Basuh baju tidak perlu mengadap mesin basuh sehingga tidak boleh kerja lain. Waktu menunggu boleh buat perkara lain seperti poin seterusnya di bawah.
Sementara tunggu baju siap di basuh, boleh tolong isteri memasak. Ada suami dikurniakan bakat pandai memasak. Bonus sangat besar kepada isteri. Namun tidak semua suami pandai memasak. Tak mengapa, masih boleh tolong isteri dengan potong bawang, siang ikan dan potong sayur. Janji dapat tolong isteri di dapur.
6. Bantu Basuh Pinggan Selepas Makan
Ada keluarga sudah bahagi tugas. Isteri memasak dan suami basuh pinggan. Bagus cadangan ini supaya dapat hidup dalam suasana harmoni dan bertanggungjawab. Apa salahnya membantu isteri basuh pinggan setelah dia penat memasak di dapur. Masak bukan untuk orang lain tetapi untuk kita juga.
7. Beri Nafkah Zahir dan Batin
Nafkah adalah pemberian wajib daripada suami kepada isteri. Berdosa seorang suami mengabaikan perkara ini. Nafkah zahir seperti duit belanja diri, keperluan pakaian dan tempat tinggal. Sementara nafkah batin seperti memberikan kasih sayang dan ihsan kepada isteri.
Ciri suami terbaik berikutnya adalah dapat berkongsi rezeki yang ada. Duit gaji diperuntukkan untuk ibu bapa sendiri setiap bulan. Walaupun sedikit, namun banyak keberkatan bersedekah kepada ibu dan bapa. Lebih baik, jika suami memberikan juga wang belanja kepada keluarga mertua. Niatkan untuk bantu mereka, insya-ALLAH diberkati rezeki kita.
9. Rajin Kemas Rumah & Buang Sampah
Hari-hari ada sampah di rumah. Jika hidup berdua pun sudah banyak, apatah lagi hidup dengan anak-anak yang ramai. Paling kurang sehari satu plastik penuh dengan sampah. Rutin kemas rumah termasuk sapu lantai, cuci kipas dan bilik air. Sebelum keluar kerja, boleh kumpul sampah tadi dan buang. Kerja senang, rumah bersih, isteri tersenyum riang.
10. Bawa Isteri dan Anak-anak Beriadah
Hujung minggu sebaiknya bawa isteri dan anak-anak beriadah. Tidak perlu jauh dari rumah pun, sekadar bawa ke taman pun sudah memadai. Selain menghilangkan stress tempat kerja, boleh mengeratkan hubungan kasih sayang.
Kebanyakan dari suami jika beli barang dapur mesti bawa isteri. Jika datang berseorangan mesti ada checklist atau guna aplikasi seperti Google Keep untuk senaraikan barang. Jika bawa isteri untuk membeli barang dapur menjadikan tugasan suami lebih mudah dan tepat. Kita bantu bawa barang sahaja, biar isteri pilih barangan terbaik untuk keluarga. Keluar shopping juga salah satu masa emas untuk bersama pasangan.
12. Tak Minta Duit Isteri Untuk Beli Benda Tak Berfaedah
Kecuali keadaan mendesak, boleh pinjam duit isteri. Tidak bolehnya, jika minta duit isteri dan beli benda tak berfaedah. Anda sendiri tahu perkara apa tidak berfaedah, bukan? Lebih buruk lagi, sudahlah malas bekerja dimintanya duit isteri dan buat perkara tidak elok.