Dalam rumah tangga tentulah ada pasang surutnya. Tak adalah 24 jam bahagia sepanjang masa. Ada ketikanya tentulah terselit salah faham dan ketidaksefahaman antara suami dan isteri.

Bagi pasangan selebriti, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal, pasangan ini sudah mendirikan rumah tangga hampir 10 tahun.

Sudah 10 Tahun Aeril Zafrel & Wawa Zainal Hidup Bersama, Bila Bergaduh, Aeril Tak Suka Pujuk, Biar Reda Sendiri

Menerusi laporan Gempak, Aeril berkongsi beberapa tip yang diamalkan untuk kekal bahagia bersama isteri tercinta.

Katanya, bukan sahaja perlu berperangai seperti budak-budak, Aeril berkata jika berlaku pergaduhan atau salah faham jangan dibiarkan berlarutan lebih dua hari.

Ads

Sudah 10 Tahun Aeril Zafrel & Wawa Zainal Hidup Bersama, Bila Bergaduh, Aeril Tak Suka Pujuk, Biar Reda Sendiri

“Kita kena berperangai budak-budak. Tak perlu nak terlampau serius. Sebolehnya kita kongsilah minat yang sama. Tak sependapat itu perkara biasa.

Ads

“Kalau kami bergaduh, saya tak suka pujuk…biar reda sendiri. Kami akan reda sendiri. Tapi jangan biarkan pergaduhan itu berlarutan sampai hari esoknya,” katanya.

Ujarnya lagi, kalau dah sampai dua hari masih bergaduh, kena cepat-cepat berbaik. Pergaduhan tidak sepatutnya dibiarkan berlarutan. Seeloknya, berbincanglah  jika masih bergaduh pada keesokan harinya.

Ads

Sudah 10 Tahun Aeril Zafrel & Wawa Zainal Hidup Bersama, Bila Bergaduh, Aeril Tak Suka Pujuk, Biar Reda Sendiri

Untuk info, Wawa atau atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin mendirikan rumah tangga pada tahun 2013 bersama Aeril Zafrel.

Pasangan ini telah dikurniakan empat orang cahaya mata, Ahmad Fakhruddin Attar, 8, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 6, Ayya Soffya, 2 dan Muhammad Fahri.

Sumber: Gempak.com Kredit foto: Instagram Aeril Zafrel dan Wawa Zainal

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI