Memakai pakaian ketat sebenarnya anda berisiko untuk mendapat pelbagai jenis penyakit. Ia sememangnya tidak baik untuk kesihatan. Tetapi, masih ramai yang gemar memakainya. Ada juga yang sanggup memakai sehingga lebih dari 6 jam.
Untuk pengetahuan anda, pakaian ketat boleh menggangu pundi kencing kerana ia akan menyebabkan sukar untuk membuang air kecil. Malah, jika anda menahan kencing lebih dari 2 jam, anda mungkin akan mengalami gejala kerap kencing atau tidak lawas.
Pakar nutrisi dan pengurusan berat badan di Boston Medical Centre berkata, “korset yang ketat boleh menulak perut di luar diafragma, menyebabkan refluks dan mengganggu pernafasan, dan ia boleh merosakkan tulang rusuk. Keadaan ini menyebabkan tekanan pada bahagian tengah anda, yang menghadkan aliran darah dan oksigen ke organ penting anda.
Berikut adalah bahaya yang mungkin anda hadapi apabila memakai pakaian yang ketat.
Mengganggu Kesihatan Perut
Menurut kajian pada tahun 2017 terdapat kesan buruk dari penggunaan tali pinggang untuk mengetatkan seluar melawan esofagus manusia. Penggunaan tali pinggang yang terlalu ketat boleh menyebabkan esofagitis (keradangan esofagus). – Esofagus ialah sejenis organ dalam vertebrat yang terdiri daripada tiub berotot yang dilalui oleh makanan dari farinks ke perut.
Penyakit Meralgia Paresthetica
Meralgia paresthetica adalah keadaan apabila terdapat tekanan oleh tisu sekeliling pada saraf Lateral Femoral Cutaneous (LFCN). Saraf ini bertindak sebagai penerima rangsangan deria pada permukaan paha luar, sehingga apabila menerima tekanan yang berlebihan akan menimbulkan rasa sakit atau terbakar. Umumnya keadaan ini disebabkan oleh penggunaan skinny jeans yang menyebabkan kawasan paha memberi tekanan.Foto – Wellness
Nyeri Pada Anggota Badan
Pakaian ketat dan saiz yang salah (terlalu kecil) boleh menjadi buruk untuk kesihatan anda. Sebagai contoh, apabila anda menggunakan saiz bra yang salah, sama ada ia terlalu longgar atau ketat, berat payudara anda tidak dapat disokong sepenuhnya oleh bra. Keadaan ini meningkatkan risiko sakit di punggung, bahu dan leher.Foto – Pinterest
Gejala Lain
Bila anda mengalami beberapa tanda bahaya akibat menggunakan pakaian ketat seperti di bawah, sila berjumpa dengan doktor pakar agar tidak memudaratkan kesihatan.
- Sakit perut semasa memakai skinny jeans
- Mengalami masalah pencernaan
- Ruam pada kulit
- Sakit kepala akibat gangguan pada leher kerana penggunaan bra ketat
- Punggung anda sakit dan nyeri
Sumber : wanista
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI