Tema perkahwinan yang pelbagai menjadi tarikan di majlis perkahwinan masa kini. Ada yang memilih tema Inggeris, Moroccon dan sebagainya. Terpulang kepada pengantin tema yang menjadi pilihan semestinya bertepatan dengan cita rasa pengantin. Buat pasangan Muna dan Zharif mengangkat tema Melayu-Bali Tradisional bagi mewarnai majlis perkahwinan mereka. Tema tradisional ini lebih menyerlah apabila busana yang dikenakan pada hari itu ialah songket dan batik dari pengantin sehingga lah kepada saudara.Antara acara menarik juga adalah tarian klasik dan silat. Majlis yang berlangsung di Dewan Perdana dihias penuh indah oleh perancang perkahwinan Mahligai Creative Weddings.
FOTO : MEGAT IZUZUDDIN SHAH ( m.izzuddin.co) DEKORASI : MAHLIGAI CREATIVE WEDDINGS TERIMA KASIH PENGANTIN : MUNA & ZHARIF