Dalam merealisasikan sebuah majlis perkahwinan bakal pengantin perlulah mempunyai perancangan yang sempurna agar majlis dikenang sampai bila-bila. Andai melantik perancang perkahwinan untuk menyiapkan majlis perkahwinan anda , berbincanglah dengan terbuka tentang bajet, tema dan sebagainya. Jangan pula berselindung tentang bajet kerana di akhirnya anda bakal menanggung hutang.
Bagi majlis perkahwinan Amir Syafiq Dato’ Hj Noordin dan Nur Amirah Dato Hj. Mazlan, mereka melantik pereka Adli Afandi untuk merealisasikan tema yang diinginikan. Konsep fairytale mewarnai majlis perkahwinan kedua pengantin. Menurut perekanya idea datang dari menonton cerita-cerita fairytale yang berlatar belakang elemen ala-ala istana dan sedikit suntikan ukiran dari timur tengah.
Ruang dewan tampil berseri dengan rona warna berasaskan warna krim dan diserikan dengan gabungan bunga-bunga dari warna merah jambu dan ungu. Penggunaan bunga mawar, hydrangea, orkid, white peacock dan casablanca menyerlahkan dekorasi majlis perkahwinan.
Nasihat Adli buat bakal pengantin pilih tema terlebih dahulu. Selepas itu pilih baju yang bersesuaian dengan tema. Semasa memilih baju perlu lihat juga pada potongan badan terlebih dahulu. Jika nak pilih design baju jangan terlalu yakin dengan menunjukkan gambar model yang sudah sedia cantik sedangkan potongan badan sendiri jauh berbeza dengan model di dalam gambar tersebut. Serahkan pada yang pakar untuk design mengikut kehendak dan perbincangan.
Wedding planner: Juz Zarith Innovation
Wedding Deco: Adli Afandi
Catering : TE Catering
OP/OV: KarmaX