Sup daging Thai berbeza dengan sup orang Melayu kerana rasanya yang pedas dan masam. Pekena pula dengan nasi panas dan telur dadar, memang ngam. Resipi ini sebagai asas sahaja, isinya boleh ditukar mengikut selera sama ada daging, ayam atau ekor.

Sup Daging Ala Thai Untuk Mentua, Guna Perencah Siam Adabi Dah Sedap

Bahan A:

5 ulas bawang merah kecil

5 ulas bawang putih

1 inci halia

Bahan B:

½ kg Daging/tulang/ekor (kalau daging aku suka pakai brand alana daging kerbau. Korang mesti 1st time dgr kan?daging dia lagi sedap pada daging lembu. Tak hanyir dan lebih cepat lembut n tk liat. Murah pun murah. Beli kt nsk aje)

Perencah sup siam adabi (wajib mesti ada. Selalu beli di kedai aceh)

Ads

Sebiji tomato (potong 4)

Sebiji bawang holland (potong 6)

Batang saleri/batang sup (hiris nipis)

Sebiji limau nipis (kalau tak suka masam tak perlu bubuh)

Lobak /kentang ikot suka

Ads

Garam secukup rasa

Sup Daging Ala Thai Untuk Mentua, Guna Perencah Siam Adabi Dah Sedap

Cara :

1. Rebus daging/tulang/ekor sampai hampir lembut dalam dua jam. Jangan terlalu lembut sebab nanti nak masak lagi selama satu jam. Resipi ini dimasak menggunakan periuk biasa.

2. Tumbuk bahan A macam dalam gambar. Nak kisar pun boleh tapi kalau tumbuk rasanya lebih umph.

Ads

3. Panaskan minyak dan tumis bahan yang di tumbuk tadi sampai naik bau. Selepas itu masukkan perencah sup siam adabi dan tumis lagi sampai naik minyak. Kemudian masukkan daging yang telah direbus tadi dan gaul hingga rata.

4. Masukkan air rebusan daging. Kalau nak kuah yang banyak, masukkan air.

5. Masukkan potongan lobak merah dan kentang.

6. Masak hingga semua empuk.

7. Akhir sekali, masukkan tomato dan hirisan batang sup.

8. Perasakan dengan garam dan limau nipis.

9. Hidang dengan nasi panas.

KREDIT : Vitharia Hesvia

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI