Sup Telur Chinese Style Buat Suami Yang Mengidam

Share

Selalu kalau pergi hotel, mereka akan menghidangkan sup telur isi ketam ni, kalau tiba-tiba suami di rumah teringin nak menikmati hidangan ini, si isteri kena kreatif dalam mencipta hidangan. Buat pembaca semua, kami kongsikan satu resepi yang sangat simple iaitu resepi Sup Telur Chinese Style yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Zurina Zulkefli. Selamat mencuba!

Bahan-bahan yang diperlukan


Kita buat dan tambah crab stick sebagai penambah selera. Kebiasaannya sup ini dihidangkan di hotel.

1. Bawang putih (cincang halus)
2. Halia (cincang halus)
3. Kiub pati ayam (tiada MSG)
4. Filamen ketam (dihiris nipis)
5. Telur ayam (dibancuh)
6. Tepung jagung (dibancuh)

Cara memasak Sup Telur Chinese Style


  1. Panaskan air di dalam periuk, masukkan kiub pati ayam, bawang dan halia. Biarkan sehingga mendidih.

  2. Setelah air rebusan mendidih, isi filamen ketam dan biarkan masak.

  3. Kemudian, tuangkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit sehingga sup menjadi pekat.

  4. Kacau sup secara pusingan dan tuangkan bancuhan telur secara perlahan supaya telur tidak bergumpal.

  5. Tambahan perasa, secubit garam, sesudu kecil cuka, dan sesudu kecil kicap pekat.

  6. Sedia dihidang atau dimakan bersama daun bawang dan minyak bijan.

Published by
webadmin