Ayat ini merupakan doa Nabi Ibrahim A.S kepada Allah SWT untuk dikurniakan zuriat keturunan yang soleh dan beriman. Seperti yang dinyatakan, setiap perkahwinan itu tentunya menginginkan anak-anak sebagai penyeri kehidupan berumah tangga.
Jodoh dan zuriat merupakan antara kurniaan rezeki daripada Allah SWT kepada manusia, sungguhpun adakalanya kita diuji dengan keduanya, sama ada dikurniakan anak atau sebaliknya, ambillah pengajaran daripada kisah Nabi Ibrahim A.S yang tidak pernah berputus asa memohon kurniaan zuriat daripada Allah SWT yang pada akhirnya dimakbulkan juga.
Umum mengetahui bahawa sesebuah perkahwinan yang dibina itu semestinya bakal berdepan dengan pelbagai jenis ujian dan dugaan, antaranya seperti kurniaan anak. Ada di antara kita yang asyik leka dalam mencari pasangan hidup sehingga lupa makna sebenar ikatan perkahwinan yang menjadi sumber kesinambungan keturunan secara berpanjangan.
Apa yang kita mahukan ialah sebuah perkahwinan yang berkat dan melaluinya merupakan zuriat keturunan yang soleh dan solehah. Oleh itu, amalkanlah doa ini kerana ia mempunyai nilainya tersendiri dan menjadi simbol kebergantungan rezeki dan harapan kita semata-mata kepada Allah SWT setelah penat berusaha.
Setiap daripada kita semestinya menginginkan untuk dicintai dan mencintai. Ada ketikanya, pelbagai cara sanggup kita lakukan supaya diri sentiasa dihargai dan disayangi. Tiada salahnya, kerana ia merupakan fitrah semula jadi seseorang manusia. Namun, penting untuk diingatkan supaya dalam pada kita sibuk mengejar kasih sayang manusia, keberkatan daripada Allah SWT itu adalah lebih utama.Jangan pula kita lalai sehingga melibatkan diri dengan perkara-perkara yang dilarang di dalam agama semata-mata untuk mencapai apa yang kita hajati. Amalkanlah potongan ayat daripada surah ini setiap kali selepas solat. Ulanglah beberapa kali sehingga sebati dengan jiwa.
Dengan izin Allah SWT, semoga kita ditempatkan dalam kalangan pergaulan dengan orang-orang yang baik sekali gus mendekatkan dan mempermudahkan jodoh yang baik.
Demikianlah beberapa surah dan doa yang boleh diamalkan supaya hajat kita untuk mendapatkan jodoh dan seterusnya membina sebuah keluarga yang sakinah itu dimakbulkan oleh Allah SWT. Sememangnya jodoh dan pertemuan itu segalanya dirancang oleh Allah SWT dan Allah SWT merupakan sebaik-baik perancang.
Namun, sebagai manusia, kita seharusnya sentiasa berusaha dan pada masa yang sama, bertawakal dan tidak berputus asa sekiranya hajat kita belum tercapai.
GAMBAR HIASAN : TANGKAP PICTURES