Surah Dekatkan Jodoh, Tiada Lagi Sunyi Lepas Ini

Share

Doa Pendekat Jodoh
Surah Yusuf (Ayat 4) dan Surah Taha (Ayat 39)

Surah Yusuf – (Ayat 4)
Surah Yusuf (Ayat 4)
Gandingan kedua-dua ayat ini merupakan keistimewaan yang Allah SWT berikan kepada kita sebagai salah satu cara mengeratkan lagi kasih sayang sesama manusia, terutama dalam kalangan ahli keluarga, suami isteri, anak-anak malahan sahabat andai.

Surah Taha Ayat 39
Surah Taha (Ayat 39)
Cara pengamalannya adalah seperti membaca Surah Yusuf, ayat 4 terlebih dahulu diikuti dengan Surah Taha, ayat 39 sebanyak tiga atau tujuh kali selepas solat atau membaca potongan surah-surah ini di dalam hati setiap kali bertemu dengan mereka yang dihajati. Dengan izin Allah SWT, kita akan mendapatkan reaksi yang positif daripada mereka.

Surah Taha (Ayat 131-132)
Surah Taha – (Ayat 131-132)

Jika diamati pada makna-makna di sebalik potongan ayat daripada surah ini, Allah SWT memberi peringatan kepada manusia untuk tidak melalaikan diri dengan kelebihan yang ada pada dunia ini semata-mata, kerana kehidupan di akhirat merupakan kurniaan yang lebih abadi. Justeru Allah SWT memerintahkan kita sebagai umatnya untuk terus berusaha, bersabar serta terus bergantung kepada Allah SWT sebagai perancang dan pemberi rezeki. Jodoh juga merupakan suatu bentuk rezeki daripada Allah SWT, oleh itu, amalkan potongan surah ini setiap kali selepas solat sebagai doa mendekatkan jodoh yang baik kepada kita.

Doa Nabi Musa A.S – Surah Qashash (Ayat 24)


surah 4.

Ada di kalangan kita yang sudah merasa putus asa terhadap kurniaan jodoh mungkin disebabkan sudah terlalu kerap dikecewakan ataupun masih belum dipertemukan dengan seseorang yang dirasakan sesuai untuk dijadikan pasangan hidup.
Jangan bimbang, Nabi Musa A.S juga telah didatangkan pelbagai bentuk ujian dan dugaan sepanjang hidupnya. Baginda berdoa dengan doa ini ketika baginda sedang berdepan dengan permasalahan, lalu Allah SWT mengurniakan jalan keluar buatnya. Oleh itu, sebagai manusia biasa, ambillah pengajaran daripada kisah Nabi Musa A.S ini untuk terus berusaha dan berdoa

Surah An-Nur (Ayat 26)


surah 5.

Ayat ini telah diturunkan disebabkan fitnah yang berlaku kepada Aisyah R.A sewaktu zaman Rasulullah SAW. Namun, secara umum, kita boleh mengambil pengajaran dan panduan daripada makna disebalik potongan ayat ini sebagai cara untuk mendapatkan pasangan atau jodoh yang baik. Jelas dinyatakan bahawa lelaki dan perempuan yang mempunyai akhlak dan tauladan yang baik pastinya akan dikurniakan pasangan yang seumpamanya juga.

Sebagai manusia, kita perlu terlebih dahulu memperbaiki diri sendiri dalam segala aspek, fizikal dan rohani. Semoga ia menjadi punca tertariknya seseorang yang baik juga kepada kita untuk dijadikan pasangan hidup. Namun, jika sebaliknya yang terjadi, anggaplah ia sebagai ujian hidup yang menjadikan kita lebih kuat dan sentiasa bersyukur dengan ketentuan Allah SWT.

Published by
Anis Nor