Suri Rumah Ini Kongsi Cara Segarkan Sayur, Macam Magis Jadinya!

Share

Tahu tak macam mana nak segarkan sayur kalau beli banyak? Sebagai suri rumah, bab simpan lauk basah pun kena kuasai. Barulah jimat dan tak perlu makan kedai.

Ya, biasanya kita sumbat terus dalam peti ais. Nak guna esoknya tengok sudah layu. Tak best, lah. Hilang seri jadinya.

Suri Rumah Ini Kongsi Cara Segarkan Sayur

Haa… jangan risau sebab seorang wanita dikenali sebagai Arya Cahaya Oktavia berkongsi kaedah mudah untuk menyegarkan kembali sayur yang layu menggunakan kaedah osmosis.

“Sekarang saya mahu buktikan, pakai sayur bayam dan kangkung. Saya beli pagi dan menjelang petang, ia sudah layu. Jadi saya letak sayur dalam bekas, isi air.

“Kemudian masukkan ke dalam peti selama 30 minit. Jadi kita biarkan saja. Selepas 30 minit saya buka peti. Sayur bayam dan kangkung kembali segar lagi.

“Ini memang ilmu kimia yang disebut sebagai osmosis iaitu proses perpindahan molekul air dari pelarut berkepekatan rendah (air) ke larutan yang berkepekatan tinggi iaitu sayur kangkung dan bayam,”

ujarnya.

Masukkan Dalam Plastik

Selepas sayur kembali segar, keringkan dan masukkan ke dalam plastik airtight sealed atau ziplock sebelum disimpan di dalam peti.

Video yang dikongsi Arya turut meraih hampir 200,000 tontonan di TikTok.

Bagi sayur jenis buah seperti cili dan tomato, pun perlu dikeringkan sebelum dimasukkan ke dalam peti.

 

Sayur jenis ini mudah rosak jika disimpan dalam keadaan lembap.

Untuk tahan lebih lama, buang tangkai atau putik pada hujung sayuran kerana ia biasanya lebih cepat rosak jika tangkainya masih ada.

Jadi, cukup mudah, bukan? Boleh lah beli sayur banyak terus dan simpan dalam peti untuk beberapa hari. Tak perlu tiap hari pergi kedai cari lauk basah.

Published by
Nadia