Penjagaan Diri

Suri Rumah Pun Kena Jaga Penampilan, Jangan Malu Nak Melawa!

Share

Cantik ini bukan hanya untuk orang bekerja sahaja, suri rumah pun wajib jaga penampilan. Barulah rasa lebih yakin dan tanda kita pandai hargai diri sendiri.

Jangan guna alasan tak sempat nak melawa sebab sibuk uruskan rumah tangga, nak seribu daya dan yang tak nak seribu dalih.

Suri Rumah Pun Kena Jaga Penampilan

Begitu lah umpamanya, jadi semua atas pilihan anda. Macam saudari Wawadels, dia pilih untuk bercantik-cantik walau hanya duduk di rumah sebagai suri rumah.

1) Self Love

Jaga penampilan salah satu cara kita nak tunjuk kita sayang diri kita. Sebagai manusia dan wanita memang lumrah suka yang cantik, kemas. Malah  semua orang kelebihan dan keunikan masing-masing. Jaga penampilan tak semestinya kena makeup tebal, tapi pastikan kita dalam keadaan wangi, bersih tak kusut dan sedap mata memandang.

2) Respect

Siapa kata suri rumah kena selekeh je 24jam kan. Suri rumah sekarang banyak yang banyak duit yang ada pendapatan dari rumah. Jadi biar orang sekeliling kita tak pandang rendah pada kerjaya suri rumah sebab ramai yang tahu suri rumah pekerjaan paling mulia tapi ramai orang suka pandang rendah. Jadi walaupun orang tak tengok sangat, pastikan jaga penampilan supaya kita dapat respect dari diri kita dulu.

3) Kesihatan Mental & Fizikal

Bila jaga penampilan, kita akan menjaga kesihatan juga kerana auto kita teliti jaga kulit, rambut, tubuh badan, supaya semua dalam keadaan yang baik. I

Selain tu bila kita jaga penampilan ini akan buat orang lebih hormat pada kita dan bagi kesan pada hubungan sosial juga. Jadi mental kita pun terjaga rapi.

Apapun hidup ini kita usaha corakkan yang terbaik untuk diri kita tau. Jangan stress sebab setiap manusia istimewa dan kita manusia sebaik-baik ciptaan. Cubalah bangga dengan kurniaan yang Tuhan bagi, tinggal nak berhias sedikit sahaja. Mesti cantik dan nampak ‘mahal’ di mata suami.

Agak-agak mampu buat tak? Perlahan-lahan ubah dan pastikan anda cantik dengan cara sederhana bila duduk di rumah. Jangan takut untuk melawa walau cuma duduk di dapur. Moga cara ini dapat mengubah pandangan oran luar pada golongan suri rumah.

Published by
Nadia