Bila menjelang musim orang berkahwin ni banyaklah kes tipu yang terjadi. Tular baru-baru ini kisah Wedding Planner, ZurinJundi yang dikatakan menipu pelanggan. Menurut sumber, seramai 91 orang telah pun menjadi mangsa kepada Wedding Planner ini dengan jumlah kerugiaan penuh sebanyak RM497,000.
Dalam satu kes pelanggan mendakwa Zurin memberikan pelamin ala kadar dibuat macam reban ayam dengan bayaran yang mahal menyebabkan mereka malu ketika majlis berlangsung dan ada yang mempunyai masalah dengan katerer tidak sampai-sampai untuk menyediakan makanan.
Katering tidak dapat menyediakan makanan kerana pihak Zurinjundi tidak membuat pembayaran penuh seperti yang dijanjikan menyebabkan pasangan pengantin ada yang terpaksa membuat persiapan terakhir dengan memasak sendiri.
Zurin dikatakan menjanjikan deposit RM4,000 dan bakinya RM12,400 akan dibayar selepas kerja selesai, namun hampa kerana whatsapp tidak berbalas.
Selepas kes ini tular, ramai yang telah meluahkan menjadi mangsa kepada ZurinJundi Wedding Planner:
Bukti kiriman WhatsApp dengan pemilik ZurinJundi, Wedding Planner
Pengantin yang menjadi mangsa penipuan ZurinJundi telah membuat report polis.
Pelanggan yang didakwa teraniaya telahpun berjaya ‘menangkap’ pemilik ZurinJundi Wedding Planner dan anda saksikan sendiri penjelasan darinya.
Pemilik ZurinJundi Wedding Planner ditelah ditangkap polis untuk siasatan lanjut.
Kesimpulannnya
Buat anda yang membuat perkhidmatan untuk pakej-pakej perkahwinan ini, tolonglah jangan ambil jalan mudah untuk meraih keuntungan dari bakal-bakal mempelai. Mudahkan urusan mereka. Kita tak tahu, susah payah mereka kumpul duit untuk merealisasikan hari bahagia yang berlaku hanya seumur hidup.
Ingat, duit yang dapat tu takkan berkat sampai bila-bila.
Buat anda bakal pengantin, jangan mudah terpedaya dengan pakej-pakej yang murah. Memang ianya dapat membantu anda untuk mengurangkan bajet dan kos tapi perhatikan dan siasat latar belakang sesuatu perkhidmatan. Seperti lokasi perkhdimatan atau butik, laman sosialnya dan pelangganya.
Tengok testimoni dari orang lain yang pernah ambil pakej mereka. Hubungi orang-orang yang bagi testimoni. Macam mana nak hubungi? biasanya mereka ini akan ‘screnshoot’ atau ‘tag di facebook’ bukan? Jadi, anda mesejlah orang-orang ini di facebook mereka. Hal duit kita kena berkira, untuk tidak ditipu.
Yang penting deposit jangan bagi terlalu banyak dan selalu ‘update’ orang yang anda terima untuk buat perkhidmatan itu.