Suka sangat tengok Ella dan suami, sweet sangat! Kita tahu Ella ni memang seorang yang sangat manja manakala suaminya pula seorang yang tenang. Ada minat yang sama, sehati sejiwa. Kita pun dapat rasa aura kebahagiannya tu.
Tahun ini usia perkahwinan Ella dan suami mencecah 10 tahun. Pun begitu beza usia bukanlah halangan bagi pasangan ini untuk serasi bersama. Apa pun jodoh itu ketentuan Allah SWT. Rezeki masing-masing kerana semua berhak untuk merasa bahagia.
Selain mempunyai minat yang sama dalam muzik serta aktiviti kemanusiaan, mereka juga ini bergelar usahawan pertanian berjaya. Hebatnya!
“Sebenarnya minat dalam bidang bisnes ni memang dah lama ada. Kebetulan pula saya gemar bercucuk tanam antaranya menanam cili.
Hasil tanaman cili kami pasarkan ke kedai-kedai runcit, restoran, pasaraya dan pertubuhan pemasaran hasil tani. Sekarang saya berpeluang memberi tumpuan secara serius terhadap bisnes.
Saya juga yakin dengan potensi perniagaan pertanian yang dapat menjana pendapatan lumayan jika dibuat dengan betul dan bersungguh-sungguh.
Kredit Foto: Instagram @ellaaminuddins @azzharzzs