Menyinggah di laman Instagram Yang Amat Mulia Che Puan Sofie Louise Johansson, pasti ada sahaja menu hidangan Sweeden yang dikongsikan untuk tatapan pengikutnya. Baru-baru ini Che Puan Sofie kongsikan aktivitinya membuat bun Cinnamon.
Sentiasa nampak cantik dan manis, Che Puan Sofie mempelawa salah seorang saudaranya, Adik Anna untuk ‘bongkar’ resipi rahsianya.
“This evening I invited one of my relatives, Adik Anna, to share one of my secret recipes. Cinnamon Roll Day or Cinnamon Bun Day (Swedish: Kanelbullens dag, Finnish: Korvapuustipäivä) falls on 4 October each year. The purpose of the celebration is to increase attention on Swedish baking traditions, with a particular focus on cinnamon buns. (Info: Wikipedia)”
Pasangan diraja ini baharu saja menyambut ulangtahun perkahwinan yang ketiga pada April lalu. Tengku Mahkota Kelantan, Yang Teramat Mulia (YTM) Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Almarhum Sultan Ismail Petra dan isteri, Yang Amat Mulia Che Puan Sofie Louise Johansson melangsungkan pernikahan pada 19 April 2019 secara tertutup di Istana Balai Besar Kota Bahru, Kelantan.
Membelek Instagram milik Che Puan Sofie, banyak dikongsikan aktivitinya memasak di dapur. Malah Che Puan Sofie juga seringkali bersama-sama suami tercinta bertemu rakyat dan menyertai aktiviti outdoor lain.
Che Puan Sofie yang dilahirkan di Sweeden ini muncul buat pertama kalinya ketika mengikuti Tengku Muhammad Fa-iz Petra mengunjungi rakyat Kelantan yang terlantar sakit dan kurang bernasib baik. Ketika itu, Che Puan Sofie baru empat hari bergelar isteri. Namun penampilannya begitu cantik dan sopan.
Lebih manis, penampilan sopannya menggayakan persalinan kurung tradisional biru dan berselindang polos warna senada mencuri perhatian ramai.
Semoga pasangan diraja ini sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT.