Hubungan Syafie Naswip dan Aishah Azman bukan menjadi rahsia lagi. Baru-baru ini keduanya kelihatan dalam suasana romantis di sebuah restoran mewah seakan-akan sudah terbau nasi minyak. Syafie akui kini bahagia dengan cinta hatinya dan berharap hubungan mereka sampai ke jinjang pelamin. Syafie berkongsi rasa tentang soal jodoh dan istimewa si dia dihatinya.
Erti perkahwinan
Penyatuan dua jiwa, saling bertolak ansur. Keduanya ada peranan masing-masing. Bila sudah berkahwin kita sering memahami pasangan dan saling memperbaiki kesalahan masing-masing dengan cara yang baik.
Sudah berpunya?
Sudah…berkawan sudah setahun di kalangan artis juga.
Sasaran untuk mengakhiri zaman bujang?
Dalam masa empat tahun lagi. Dia empat tahun muda dari saya. Saya ambil masa untuk ke arah itu kerana mahu mengukuhkan karier terlebih dahulu memandangkan saya masih baru dan banyak benda saya nak capai dahulu. Paling lambat saya sasarkan usia 30 tahun.Andai kata dua tahun lagi jodoh sampai, saya terima dengan hati yang terbuka.
Cabaran pasangan di kalangan artis.
Dalam tempoh berkenalan kami sudahpun berbincang tentang hal tersebut. Lebih baik dia tahu segalanya. Ada sesetengah orang bila sedang bercinta dia tidak beritahu diri dia sebenar. Buruk dan baik kita tunjuk di peringkat awal. Kalau si dia tidak suka, just let go. Kami sering berkomunikasi. Saya sendiri tidak tahu bagaimana situasi selepas berkahwin. Tetapi kita kena terangkan perkara ini lebih awal. Apa yang kita kurang dan apa yang lebih.
Wang hantaran terlalu tinggi, apa komen ?
Sebenarnya bergantung pada individu itu. Sebagai seorang lelaki dan saya bukan datang dari latar belakang keluarga yang senang, kalau boleh kita nak kahwin sekali sahaja. Kita tidak perlu berlebihan sangat pun. Tetapi hari perkahwinan kita itu, biar ia menjadi turning point maksudnya kita akan mengingati hari tersebut. Hari paling bermakna dalam hidup kita. Jika kemestia kita kenalah berusaha bersungguh-sungguh untuk ke arah itu. Perkara ini tidak boleh seorang yang memikirkan ia kena berdua dengan pasangan.
Perkahwinan impian anda
Saya memilih untuk majlis yang simple dan warna pilihan ialah warna putih, Baby blue dan warna pastel.
Apa special ‘dia’ di hati anda?
Saya seorang yang selektif. Saya cakap dengan emak, seandainya saya tiada pasangan, maka tiadalah. Dengan dia ni apa yang saya suka cara dia melayan ibu bapanya dan dia layan ibu bapa saya , penyayang manja, suka bercakap tentang masa depan. Kami sering buat perkara yang orang lain tidak buat. Contohnya kita lepak dekat taman dan masak masakan kegemaran, lagi sweet. Kami buat perkara yang kurang kos tetapi ia akan dikenang buat selamanya.