Bila berumah tangga, ada syarat untuk bahagia. Kalau penat buat kerja rutin, berhenti dulu dan sambung kemudian.
Haaa… Jangan cari pasal nak salahkan pasangan tak tolong dan buat sampai emosi rasa ketat. Begitulah yang cuba disampaikan oleh saudara Firdaus Shakirin ini, buat setakat yang mampu untuk rasa bahagia.
Syarat Untuk Bahagia
“Kau penat, aku pun penat…”
Dalam rumah tangga, kalau kita nak lawan siapa yang lagi penat, siapa yang lagi banyak buat kerja, maka sampai bila-bila pun kita akan bergaduh dan bermasam muka.
Prinsip rumah tangga, buat setakat yang larat sahaja, tak boleh buat, tinggal. Jangan paksa diri, jangan nak perfect.
Ads
“Malam ni masak apa…?”
Wife jawab tak tahu lagi, tak ada keputusan lagi sebab tengah ajar anak buat kerja sekolah.
Terus saya reply, “Tak payah masak, saya tapau makan malam…”
Ads
Balik rumah, sampai sahaja rumah, tengok baju masih kat ampaian. Panggil anak, minta dia ambil bakul, saya kutip, bawa masuk dalam rumah. Lepas maghrib, sambil tengok berita, saya lipat.
Boleh sahaja saya balik rumah pastu tanya, “kenapa tak masak lagi, kenapa baju tak kutip lagi, kenapa itu, kenapa ini…” saya dah PENAT kerja kot… tak kan balik rumah kena buat macam-macamlagi.
Tapi saya tak buat macam tu sebab isteri pun ada kerja dia sendiri. Isteri bukan membuta dari pagi sampai ke petang.
Bukan Goyang Kaki Duduk Rumah
Isteri bukannya goyang kaki, tak buat apa-apa. Jangan hanya kerana kita tak nampak apa yang dia buat, itu bermakna dia TAK BUAT apa-apa.
Ads
Larat kemas, kemas. Tak larat biar bersepah. Larat masak, masak. Tak larat kita tapau luar… larat lipat baju, lipat. Kalau tak larat, esok kita buat.
Ada yang jenis nak sempurna, nak siapkan juga walaupun tak sempat. Boleh, teruskan dan buatlah. Tak ada paksaan pun cuma jangan merungut je lah kalau pilih nak buat macam tu.
Dalam rumah tangga ni, penat tu dua-dua kena rasa. Kalau salah seorang sahaja yang PENAT, maka rumah tangga itu tenat.
Begitulah sebaiknya bila saling memahami keadaan, isteri buat kerja dan hakikatnya suami pun buat kerja. Kena reda tugas masing-masing, inshaa Allah bahagia.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kadang-kadang ada antara kita yang rasakan diri ni tak fotogenik untuk bergambar. Macamana nak pose dan kelihatan cantik di dalam gambar kahwin? Tengok gambar orang lain, terujanya mereka pandai bergambar tapi tak yakin untuk diri sendiri, Zenuz Photoworks kongsi tips gambar perkahwinan cantik.
5 Tips Untuk Gambar Perkahwinan Anda.
Mengupah jurugambar untuk majlis anda tentunya satu pelaburan yang berbaloi. Pastikan anda dan pasangan anda kelihatan wow dalam gambar dengan 5 tips ini.
#1: Pastikan anda rehat dengan cukup. Malam sebelum anda diijabkabulkan itu, pastikan anda rehat dengan cukup. Jika anda penat, walaupun ada make up yang boleh bantu anda nampak cantik, aura dan tenaga anda tidak akan berada pada paras optimum. Mula buat persediaan awal sedikit supaya anda tidak perlu stay up lama-lama.
#2: Pastikan anda ada masa yang cukup untuk bersiap. Big day? Anda akan memerlukan masa yang lebih lama untuk bersiap. Pastikan anda susun dan patuhi jadual persediaan anda dengan tepat. Tak mahulah nanti banyak perkara tergendala kerana anda lambat bersiap. Nanti rushing, sampai mahu ambil gambar sebelum majlis berlangsung pun tidak sempat.
#3: Hiaskan tempat anda bersiap dan pencahayaannya terang. Anda selalu lihat gambar pengantin sedang bersiap kan? Mesti anda tidak mahu gambar anda nanti penuh dengan barang bersepah. Handbag bridesmaids merata-rata, katil tak kemas dan sebagainya. Jadi, sebelum anda benarkan jurugambar masuk, pastikan tempat anda bersiap kemas. Hiaskan sedikit bilik anda. Pencahayaan juga penting. Kalau gelap nanti akan memberi efek yang kurang menarik kepada gambar anda.
#4: Jadualkan waktu bergambar dengan betul. Kalau anda ambil gambar waktu tengah hari, ketika matahari terpacak di atas kepala, agak susah bukan? Sudahlah panas, nanti dalam gambar, banyak gambar anda kecilkan mata saja kerana terpaksa menahan pancaran terik matahari. Jadi, pilih waktu yang sesuai.
#5: Selesa. Keselasaan adalah keutamaan anda. Jika anda tidak selesa untuk bergerak kerana baju anda, pastikan anda alter apa yang patut sebelum majlis berlangsung.
Mahar atau mas kahwin merupakan satu pemberian yang wajib suami berikan kepada isteri kerana pernikahan. Isteri berhak mendapat mas kahwin sejurus akad nikahnya sah. Mas kahwin akan menjadi hak isteri seepenuhnya dan tidak boleh diambil oleh suami atau ahli keluarga yang lain kecuali jika isteri benarkan.
Sebaik-baik mahar adalah yang paling mudah. Maknanya, ia mudah untuk dipenuhi oleh bakal suami. Namun, jika bakal suami tidak mampu, adakah boleh membayar mahar kepada isteri secara ansuran atau hutang?
Boleh Dengan Persetujuan Kedua-Dua Pihak
Menurut perbahasan ulama melalui al-Fiqh al Manhaji, mereka berpendapat bahawa boleh membayar mahar kepada isteri dengan cara hutang atau apa sahaja yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
Sumber: Google
“Pemberian mas kahwin tidak disyaratkan dengan segera. Ia boleh disegerakan atau ditangguhkan sebelum persetubuhan. Walau bagaimanapun, penangguhannya hendaklah berdasarkan tempoh masa yang telah dipersetujui masanya. Isteri juga berhak menahan dirinya daripada melakukan persetubuhan dengan suami sehingga mas kahwin tersebut langsai. Namun, jika ia bersetuju untuk ditangguhkan, maka isteri tidak berhak menahan diri daripada suami kerana ia adalah berdasarkan persetujuan masing-masing.”
Melalui perbincangan ini, ia menunjukkan bahawa mas kahwin adalah hak isteri yang wajib ditunaikan. Jika suami tidak mampu dan meminta dipanjangkan tempoh bayaran, ia dibolehkan dengan persetujuan masing-masing.
Bagaimana Kalau Suami Meninggal Atau Bercerai Sebelum Membayar Mas Kahwin?
Jika suami meninggal sebelum sempat melunaskan bayaran mas kahwinnya kepada isteri, maka isteri boleh menuntut daripada harta suami atau juga ahli keluarganya. Namun, jika penceraian atau kematian berlaku sebelum sempat mereka bersentuhan, si isteri berhak mendapatkan separuh daripada kadar mas kahwin tersebut.
Mafhum: “Dan jika kamu ceraikan mereka sebelum kamu sentuh (bercampur) dengan mereka, padahal kamu sudah menetapkan kadar mas kahwin untuk mereka, maka mereka berhak mendapat separuh dari mas kahwin yang telah kamu tetapkan itu, kecuali jika mereka memaafkannya, (tidak menuntutnya); atau (pihak) yang memegang ikatan nikah itu memaafkannya (memberikan mas kahwin itu dengan sepenuhnya.” (Surah Al-Baqarah, 2:237)
Bagi bakal mempelai, seringkali menghadapi stres menjelang hari perkahwinan mereka. Hal itu memang wajar, kerana mereka harus memperhatikan betul-betul semua perencanaan dengan matang. Akan tetapi, stres yang berlebihan juga tidak baik. Ia boleh memberi kesan kesihatan menjelang hari bersejarah anda nanti.
Berikut beberapa makanan yang boleh membantu anda meredakan ketegangan.
Aiskrim
Aiskrim
Mengandungi amino tryptophan yang dapat menenangkan otak. Ia juga dapat dilihat sebagai makanan yang mampu memberikan rasa ceria dan lebih bertenaga. Bukan hanya tertarik dengan campuran warna serta dekorasi menarik, malah rasa manis pada aiskrim mampu meningkatkan tahap kecerdasan tubuh.
Coklat
Coklat
Kandungan serotonin yang ada di dalam coklat membantu untuk menurunkan rasa stres dan menghilangkan rasa ketegangan otak. Rasa manis ditambah dengan campuran hazelnut, pasti menggiurkan tetapi ingat, kawal pengambilannya. Tentu anda tidak mahu busana pengantin anda seperti ‘sarung nangka’ saat disarungkan ke tubuh.
Kacang Almond
Kacang Almond
Kacang badam dipercayai dapat mengurangkan kadar stres anda. Diperkaya dengan vitamin E, B2, magnesium dan zink, ia dapat menghilangkan tekanan pada otak. Amalkan cara pengambilan 1/3 cawan yang bersamaan 306 kalori.
Asparagus
Asparagus
Pengambilan asparagus mampu menghilangkan tekanan. Ini kerana ia mengandungi Vitamin B serta asid folik yang mampu menstabilkan emosi anda serta membantu untuk mewujudkan rasa tenang dan gembira. Cara masakan sama ada ditumis atau digril.
Daging
Daging
Daging adalah antara makanan terbaik untuk dijadikan sebagai terapi untuk mengurangkan stres. Ia mengandungi zink, zat besi dan vitamin B yang sememangnya penting dalam mengawal emosi anda.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!