Hubungan

Syarat Untuk Bahagia, Kalau Penat Jangan Paksa Diri

Share

Bila berumah tangga, ada syarat untuk bahagia. Kalau penat buat kerja rutin, berhenti dulu dan sambung kemudian.

Haaa… Jangan cari pasal nak salahkan pasangan tak tolong dan buat sampai emosi rasa ketat. Begitulah yang cuba disampaikan oleh saudara Firdaus Shakirin ini, buat setakat yang mampu untuk rasa bahagia.

Syarat Untuk Bahagia

“Kau penat, aku pun penat…”

Dalam rumah tangga, kalau kita nak lawan siapa yang lagi penat, siapa yang lagi banyak buat kerja, maka sampai bila-bila pun kita akan bergaduh dan bermasam muka.

Prinsip rumah tangga, buat setakat yang larat sahaja, tak boleh buat, tinggal. Jangan paksa diri, jangan nak perfect.

“Malam ni masak apa…?”

Wife jawab tak tahu lagi, tak ada keputusan lagi sebab tengah ajar anak buat kerja sekolah.

Terus saya reply, “Tak payah masak, saya tapau makan malam…”

Balik rumah, sampai sahaja rumah, tengok baju masih kat ampaian. Panggil anak, minta dia ambil bakul, saya kutip, bawa masuk dalam rumah. Lepas maghrib, sambil tengok berita, saya lipat.

Boleh sahaja saya balik rumah pastu tanya, “kenapa tak masak lagi, kenapa baju tak kutip lagi, kenapa itu, kenapa ini…”

saya dah PENAT kerja kot… tak kan balik rumah kena buat macam-macamlagi.

Tapi saya tak buat macam tu sebab isteri pun ada kerja dia sendiri. Isteri bukan membuta dari pagi sampai ke petang.

Bukan Goyang Kaki Duduk Rumah

Isteri bukannya goyang kaki, tak buat apa-apa. Jangan hanya kerana kita tak nampak apa yang dia buat, itu bermakna dia TAK BUAT apa-apa.

Larat kemas, kemas. Tak larat biar bersepah. Larat masak, masak. Tak larat kita tapau luar… larat lipat baju, lipat. Kalau tak larat, esok kita buat.

Ada yang jenis nak sempurna, nak siapkan juga walaupun tak sempat. Boleh, teruskan dan buatlah. Tak ada paksaan pun cuma jangan merungut je lah kalau pilih nak buat macam tu.

Dalam rumah tangga ni, penat tu dua-dua kena rasa. Kalau salah seorang sahaja yang PENAT, maka rumah tangga itu tenat.

Begitulah sebaiknya bila saling memahami keadaan, isteri buat kerja dan hakikatnya suami pun buat kerja. Kena reda tugas masing-masing, inshaa Allah bahagia.

Published by
Nadia