Syasya Rizal

Manis tersenyum memegang mikrofon melantukan lagu Surat Cinta Untuk Starla pada majlis persandingan, bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya Rizal jelas menggambarkan sedang bahagia menyulam cinta dengan suaminya, Nasrullah Mohd. Sapie yang berlangsung dalam suasana serba mewah di Magica Subang Hall.

Pada malam yang penuh berbunga-bunga itu, pasangan merpati dua sejoli mengenakan persalinan sedondon biru muda tajaan Jakel.

Syasya Rizal Dapat Tajaan RM5 Juta, Rezeki Kahwin Tak Disangka-sangka

Syasya Rizal Dapat Tajaan RM5 juta

Bukan hanya itu, ibu Syasya iaitu Farah Farina Abd. Razak mendedahkan puteri kesayangannya itu turut menggayakan barang kemas dan aksesori tajaan Habib Jewels bernilai RM5 juta.

“Kita belum buat kiraan lagi, tetapi untuk Syasya, Habib taja RM5 juta barang kemas yang dipakai malam ini.

Syasya Rizal Dapat Tajaan RM5 Juta, Rezeki Kahwin Tak Disangka-sangka

Ads

“Manakala untuk saya pula RM500,000. Selain Habib, Jakel pun ada taja dan banyak lagi.

“Alhamdulillah ada banyak tajaan yang masuk dan saya berterima kasih kepada penaja yang saya tak dapat nak sebut satu persatu,” ujarnya.

Ibu Syasya Memuji Menantunya

Syasya Rizal Dapat Tajaan RM5 Juta, Rezeki Kahwin Tak Disangka-sangka

Ads

Farah yang mesra disapa Riena turut berkongsi mengenai keperibadian menantunya yang disifatkan sebagai lelaki budiman dan pandai mengambil hati puteri kesayangannya itu.

“Nasrullah anak yang baik, dia pun datang daripada keluarga yang baik-baik juga.

“Dia hormat orang tua selain pandai mengambil hati Syasya dan keluarga. Sebab itu Syasya jatuh cinta lebih, sanggup tinggalkan semua (Dolla),” ujarnya.

Ads

Suka Wajah Suami Macam Nobita

Syasya Rizal Dapat Tajaan RM5 Juta, Rezeki Kahwin Tak Disangka-sangka

Berkongsi kisah cintanya, wajah suaminya yang mirip kartun Nobita membuatkan Syasya jatuh cinta.

“Jujur saya memang tertarik dengan suami sebab ramai orang kata wajahnya macam Nobita. Tapi disebalik itu keperibadian dan persamaan yang ada diantara kami membuatkan saya tertarik dan selesa dengannya,” kongsinya.

Untuk rekod, Syasya mengejutkan peminat apabila mengumumkan tidak lagi bersama Dolla. Keputusan tersebut dibuat atas faktor peribadi.

Bagaimanapun pada 21 April lalu, pihak syarikat rakaman Universal Music Malaysia mengesahkan Syasya sudah selamat bergelar isteri.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI