
Hari bahagia penyampai radio, Hefny Sahad kahwin dengan wanita pilihan hatinya iaitu Nur Atiqah dengan sekali lafaz pada 5.39 petang Sabtu.
Hefny Sahad Kahwin
Hefny atau Mohamed Hefny Sahad, 37, dan pasangannya disatukan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur yang dihadiri ahli keluarga dan rakan.
Pernikahan pasangan itu dikongsikan di Instagram rasmi radio Sinar FM.
Hefny pertama kali kongsi foto bersama Atigah. Pasangan itu dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan.
Pada majlis tersebut Hefny menyerahkanmas kahwin sebanyak RM300.
Untuk info, Hefny mula dikenali selepas menyertai rancangan realiti On Air 2012 dan berjaya meraih naib juara.
Selain penyampai radio, Hefny juga merupakan seorang pelakon yang terkenal dengan drama Melankolia, Nafas, Maaf Aku Tak Sempura dan banyak lagi.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pernah Dipersoal Kahwin Wanita Berusia, Zain Saidin Tegur Kaki Kecam

Isi Kandungan
ToggleTular video pelakon Zain Saidin menyelar tindakan segelintir netizen yang memperlekeh wajah polos Liyana Jasmay baru-baru ini dengan menyifatkan perkara itu sebagai buli siber.
Menurutnya, dia perlu membuat teguran memandangkan kecaman dilemparkan juga menunjukkan pelaku tidak menghormati suami aktres berkenaan apabila mendakwa lelaki itu salah pilih isteri.
Zain Saidin Tegur Kaki Kecam
“Saya ada terbaca satu hantaran di Facebook. Hantaran tersebut mengatakan Liyana Jasmay telah menjadi mangsa buli fizikal kerana wajahnya.
“Ada juga yang mempertikaikan bagaimana suami Liyana boleh suka dekat dia dengan keadaan mukanya yang sebegitu.
“Saya kena tegur perkara ini kerana saya rasa benda itu salah. Apa benda nak cakap perkara macam tu? Awak sendiri tak kenal dia,” katanya menerusi hantaran dalam Tik Tok.
Pernah Dipersoal Isu Kahwin Dengan Wanita Berusia
Dalam perkongsian sama, pelakon Oh My English itu turut menyatakan pernah berdepan situasi sama ketika mahu mendirikan rumah tangga dengan aktres, Rozita Che Wan.
Menurut pemilik nama lengkap Mohamad Zain Mohd. Saidin, 40, itu, ada yang tertanya-tanya sebab dia memilih wanita lebih berusia daripadanya.
“Satu ketika dahulu, saya juga sering ditanya kenapa berkahwin dengan wanita lebih tua. Tiada anak dara lagi ke? Sejujurnya, pada permulaan memang kita jatuh hati dengan rupa paras.
“Namun, rupa tak kekal selamanya. Yang buat saya jatuh cinta dengan Che Ta adalah kerana budi bahasa, cara hidup dan isi hatinya.
“Faktor itu yang buatkan kita nak keluar ‘dating’ dan memulakan perkenalan. Kita bertahan bukan kerana rupa tetapi isi hati orang tersebut yang buatkan kita selesa,” ujarnya.
Liyana Jasmay Punya Kecantikan Tersendiri
Sekali gus, Zain yang juga bapa kepada seorang anak perempuan percaya Liyana memiliki kecantikan dan kelebihan tersendiri yang membuatkan suaminya jatuh hati.
Aktor terbabit turut mengingatkan kaki kecam bahawa masa tua mereka pasti hadir suatu hari nanti seiring peningkatan usia.
“Awak kutuk muka dia tapi tunggulah ketika anda tua sikit nanti. Baru anda tahu macam mana perasaannya.
“Saya pasti Liyana memiliki sesuatu yang membuatkan suaminya jatuh cinta. Dia jatuh cinta bukan kerana paras rupa tapi kerana hati Liyana.
“Kerana cinta, saya pasti dia akan pertahankan maruah isterinya. Kita tidak menilai seseorang itu kerana rupa sahaja,” ulasnya lagi.
Sebelum ini, Liyana, 36, berkongsi video dalam platform Tik Tok yang menunjukkannya menikmati burger di sebuah hotel.
Dalam paparan tersebut, Liyana berkongsi wajah tanpa secalit solekan selain mendedahkan dia belum tidur lebih daripada 16 jam berikutan memenuhi jadual penggambaran.
Walaupun ramai memuji tindakannya berani berkongsi wajah polos, ada netizen yang meninggalkan komen negatif termasuk menggelarkan wajahnya seperti pembantu rumah atau bibik.
Kredit Tiktok : Zain Saidin
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Alhamdulillah Saya Kini Sudah Bertunang,”- Raysha Rizrose Sudah Bertunang Dengan Pelumba Kereta F3

Selepas 10 tahun menjalinkan hubungan cinta, pelakon Raysha Rizrose akhirnya mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya, Nabil Jeffri yang merupakan pelumba kereta Formula 3 dalam sebuah majlis tertutup, hari ini.
Perkara itu dikongsikan sendiri Raysha, 27, menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya.
“Alhamdulillah. I am officially engaged,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Raysha yang juga adik kepada pelakon, Uqasha dan Nelydia Senrose turut berkongsi beberapa keping gambar majlis pertunangannya di Instagram Story.
Difahamkan hubungan rapat Raysha dan kekasihnya, Nabil sudah terjalin sejak mereka di alam persekolahan. Malah, katanya hubungan itu juga diketahui keluarga serta kenalan rapat yang mengenali mereka.
Pun begitu, kisah cinta Raysha mula menjadi perhatian terutama di kalangan warga maya selepas perkahwinan kakaknya, pelakon Uqasha Senrose dan suami juga pelakon, Kamal Adli diumumkan selepas sebulan bergelar suami isteri.
Perkongsian Raysha mengenai majlis pertunangannya mendapat perhatian warga maya dan juga rakan-rakan artis.
Berikut antara komen-komen di kalangan rakan-rakan artis:
Sumber: Instagram Raysha Rizrose
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bujang, Berjaya Dan Berwawasan, Pengasas In3tree Ini Membuka Mata Orang Yang Pernah Gagal Juga Mampu Berjaya

Lima tahun mendidik anak bangsa, anak kelahiran Sabah ini akhirnya secara serius menceburi bidang perniagaan dengan langkah awal menjual pelbagai produk keluaran syarikat ternama di pasar-pasar terbuka. Ternyata, perniagaan kecil-kecilannya itu mendapat sambutan dan menambah keyakinan bahawa beliau tidak sesekali menyesali langkah meninggalkan kerjaya tetapnya demi mencapai impian bergelar usahawan berjaya.
Bagaimanapun, bukan mudah mengejar impian. Ada pelbagai halangan, cabaran dan dugaan yang datang. Ditipu rakan kongsi memberi tamparan hebat buat dirinya.“Saya jatuh terduduk dengan kegagalan ini. Saya rugi dan ditipu RM1 juta oleh rakan kongsi,” katanya yang berkongsi kisah pahit apabila dirinya diisytiharkan muflis.
Ternyata segala ujian itu ada hikmah di sebaliknya. Kegagalan lalu menjadi pemangkin semangat buat Sudirman bangkit.
Menyedari kurangnya ilmu dalam bidang perniagaan, beliau mengikuti kelas dan seminar mereka yang telah berjaya dalam pelbagai bidang usahawan untuk dijadikan panduan.
“Pada ketika itu, saya mendapat ilham membuat produk sendiri. Meskipun waktu itu saya tidak ada modal, tapi keinginan saya kuat untuk bangkit semula. Saya mendapat idea merancang pelan perniagaan dan membentangkannya kepada orang lain.
“Alhamdulillah, mereka percaya dan melabur untuk produk ini. Modal inilah yang digunakan untuk mengeluarkan produk yang mengambil masa empat bulan sebelum ia berada di pasaran,” katanya.
Maka tertubuhlah RizkiFajar Sdn Bhd, syarikat bagi jenama Int3Tree, iaitu produk makanan tambahan minda untuk kanak-kanak.
ULANG TAHUN KE-2 INT3TREE
“Mengamalkan konsep memberi pulangan 10 peratus daripada pendapatan yang diperoleh kepada ahli di dalam perniagaannya. Kini dia Int3tree sudah memiliki lebih 10, 000 pengedar setelah dua tahun ditubuhkan secara rasmi. Dahulu hanya 138 stokis sahaja dan kini ia berkembang dan di majlis ini saya raikan mereka semua yang telah bertungkus lumus menaikkan jenama ini.”
“Int3Tree juga mengandungi serbuk koko, ekstrak stevia, omega 3, DHA, susu skim, coklat hitam, ekstrak acai beri, lutein, serbuk pudina dan vitamin B-Complex. Oleh itu kandungan serbuk koko dengan pudina memberikan rasa berbeza dan pertama di Malaysia,” katanya.
Tambahnya, Int3Tree merupakan produk coklat pertama di Malaysia khas untuk kanak-kanak dan pelajar tidak mengandungi gula tambahan serta menggunakan teknologi bawah lidah, berbentuk serbuk.
“Hanya letak di bawah lidah, tidak perlu dibancuh dan penyerapan nutrisi berlaku dalam tempoh 10 hingga 20 saat, yang mana tidak menyebabkan pembaziran dalam penyerapan nutrisi dan mineral berbanding pengambilan produk dalam bentuk lain.
“Selain, kelebihan produk di dalam paket yang mudah dibawa ke sekolah dan mesra poket, boleh dimakan murid pada waktu rehat dan dapat membantu memberikan tenaga pada waktu persekolahan,” katanya sambil menambah produk ini mendapat kelulusan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pengiktirafan Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Peluang dropship jana pendapatan
Setelah lebih dua tahun produk Int3Tree berada di pasaran, Sudirman kini membuka peluang kepada golongan suri rumah mahupun pelajar menjadi dropship untuk menjana pendapatan tambahan.
Menurutnya, tiada modal mahupun bayaran dikenakan kepada mereka yang berminat menjadi dropship produknya.
Meletakkan sasdaran jualan RM50 juta untuk tahun ini, pihaknya akan menawarkan hadiah Toyota Camry dan Toyota Vios buat pengedarnya yang mencapai sasaran tahun ini.
Beliau berkata, banyak insentif yang ditawarkan kepada pengedar dan stokis yang berjaya mencapai sasaran jualan.
“Sebagai galakan, kita tawarkan hadiah kereta berjenama mewah sekiranya mereka berjaya mencapai jumlah tertentu. Selain itu mereka juga ditawarkan menunaikan umrah,” katanya.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI