jodoh lambat

Ada sesetengah orang, masih runsing tentang jodoh lambat, menunggu dan berharap akan hadir insan yang sudi menemaninya sampai ke hujung nyawa.

Namun begitulah, bukan mudah nak tepis kata-kata dan pandangan orang luar. Tetap ada yang menganggap kita jenis memilih atau mungkin tak usaha cari jodoh.

Jangan putus asa dan lalui lah kehidupan dengan bahagia cara sendiri. Dan lebih tenang jika membaca tulisan daripada saudara Syafiq Ridhwan ini, pasti akan tiba walau entah bila.

Tak Apa Jodoh Lambat

Untuk anda yang masih single, dan penghujung tahun telah tiba seperti tahun-tahun sebelumnya.

Tak Apa Jodoh Lambat, Memang Kena ‘Cermat’ Pilih Pasangan Hidup

Masih di situ, keseorangan. Kerisauan. Gelisah. Masih bersedih menunggukan jodoh yang tak kunjung tiba walaupun pelbagai usaha telah dibuat.

Ads

Ketika mana orang mula bercakap-cakap dengan nada melemahkan. Ketika sesetengah orang mula bergurau senda berbaur sindiran.

Saat mereka merasakan, mungkin jodoh itu walau macam mana pun tak akan tiba sampai penghujung usia dalam hidup. Jangan risau kawan. Jangan sesekali risau.

Ada orang, Allah rezekikan semuanya dapat laju. Laju jumpa jodoh, laju sambung belajar, laju dapat anak, dapat kerja. Tapi ada orang semua itu seakan “lambat” buatnya. Ditangguhkan waktu bererti “disimpan” buatnya lebih baik.

Tuhan Maha Adil

Orang yang anda tunggu dalam perjalanan. Mungkin tak akan berjumpa hari ini. Mungkin juga bukan esok. Tapi ia pasti akan berlaku juga satu hari, walau lama macam mana sekalipun. Cuma membezakan kita dengan mereka, mereka jumpa dahulu tanggungjawab yang perlu dijaga. Kita berbeza masa sedikit sahaja.

Ads

Tak Apa Jodoh Lambat, Memang Kena ‘Cermat’ Pilih Pasangan Hidup

Jaga hati, jaga iman, jaga segala-galanya dengan baik. Tuhan pasti menemukan anda dengan insan yang akan melengkapi kelemahan dan kelebihan hidup.

Dan satu hari kelak, boleh jadi cerita hidup anda akan bertukar. Dari seorang yang tiada apa-apa, keseorangan, penuh kesayuan dan kesedihan, anda akan bertemu dengan ramai orang. Semuanya orang yang baik-baik. Yang setiap satunya merupakan ujian.

Ads

Memahami Erti Keseorangan

Disebabkan anda dulu lebih memahami erti keseorangan, bila mana ada ramai yang datang dan mengambil berat walaupun sedikit, anda akan mudah untuk jatuh hati. Jatuh hati atas kebaikan budi perkerti, atas kecantikan paras rupa, atas jawatan dan pangkat yang ada, dan mungkin kerana mereka lebih berbeza sedikit berbanding orang-orang lain.

Pilih satu dan tetapkan hati untuk menjaga sampai Syurga.

Benar. Dalam dunia ini ramai orang yang baik. Tapi yang benar-benar baik untuk kita cuma satu.

Selebihnya yang datang adalah ujian. Buatlah pilihan yang tepat. Dengan izin tuhan.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI