Tak Berkat Rumah Tangga Anda Kalau Adab Dengan Ibu Bapa Pun Tiada!

Share

Ibu bapa adalah insan yang paling berharga dalam hidup kita. Mereka yang telah membesar kita, mendidik, dan menjaga kita dari kecil lagi. Jadi, apa salahnya kalau pengorbanan ibu bapa itu digantikan dengan pengorbanan anda pula?

Dengan zaman moden sekarang segalanya hanya dihujung jari sahaja. Walaupun begitu masih ada yang tidak menanyakan khabar walapun melalui telefon. Apatah lagi selepas berkahwin. Tentu sahaja anda sibuk menguruskan hal rumah tangga dan anak.

Kalau yang dah berkahwin tapi masih tidak menjaga hati ibu bapa pun tak guna juga. Tidak berkat hidup anda. Jadi, elakkan daripada melakukan 7 perkara ini!

1. Bercakap kasar bila tuntut hak

Anak zaman sekarang bagus. Mereka sangat hebat dalam ‘critical & logical thinking’.

Jadi apa apa je yang tak adil, mereka akan tuntut dan perangi habis habisan benda yang tak adil di depan mata mereka. Cuma mereka kurang jaga nada suara, pemilihan bahasa dan tak mampu kawal emosinya bila nak tuntut hak padahal orang yang paling benar adalah orang yang paling hebat juga adabnya.

2. Kurang eye contact bila bercakap dengan orang dewasa

Benda ni ramai berlaku pada anak anak yang kurang ‘social skills’ mereka akibat terlalu banyak bergelumang dengan ‘rakan maya’ di dalam permainan digital dan media sosial.

Bagi mereka, hakikat persahabatan itu ada di alam maya. Jadi mereka merasa cukup untuk ‘beradab’ hanya sesama rakan maya mereka. Tanpa sedar, mak ayah sendiri pun mereka boleh anggap sebagai pengacau kalau mereka dah terlanjur ketagih dengan persahabatan maya mereka!

3. Tak pandai menyambut tetamu

Banyak saya perhatikan anak anak zaman sekarang lebih memilih permainan PS4 dan Xbox dibandingkan bersalam dengan tetamu yang datang.

Mak ayah duk kalut hidang minuman tetapi anak di ruang tamu dibiarkan bermain game tanpa disuruh menyapa dan bersalaman dengan tetamu yang datang.

Akhirnya, bukan je sensitiviti pada tetamu tu akan hilang, budaya bertamu pun akan turut pudar. Tak percaya kita tengok 20 atau 30 tahun nanti. Nauzubillah!

4. Menghormati berdasarkan kekayaan

Dulu umur dan ilmu seseorang tu menjadi kayu ukur (social class) darjat dan penghormatan. Tu la kenapa orang orang tua, bijak pandai dan alim ulama’ sangat dihormati oleh orang zaman dulu.

Zaman sekarang ni ada je yang masih hormat orang yang lebih tua dan berilmu tetapi makin ramai yang memilih untuk melihat kekayaan sebagai kayu ukur kemuliaan akibat pendedahan melampau mereka terhadap gaya hidup yang ditonjolkan ‘instafamous’ dan ‘public figure’ di sekeliling mereka.

5. Guna perkataan kesat bila tak setuju

Tak bersetuju tu fitrah dalam diri anak anak. Yela, makin anak membesar, makin berkembang ilmu dan kefahaman mereka kan.

Cuma yang jadi masalahnya bila mereka jadi sangat biadap bila nak pertahankan pendapat mereka. Saya perasan benda ni bermula daripada dengan komen komen mengecam di media sosial je tapi lama kelamaan kecam mengecam dan perkataan kesat ni dah menular dan jadi kebiasaan dalam perbualan lah pula.

6. Benarkan sentuhan tak selamat

Zaman sekarang ni sesiapa pun boleh bersosial tanpa batas. Semuanya di hujung jari je.

Nak taknak mak ayah kena ajar anak cara bersosial yang betul kalau nak anak kita semua selamat mengharungi cabaran sosial akhir zaman ni.

Kena ajar anak kita daripada kecil lagi tentang tanda akil baligh, limit pergaulan lelaki perempuan, apa private part tubuh yang tak boleh disentuh oleh orang lain contohnya bibir, dada, kemaluan dan punggung.

Paling penting ajar anak untuk SAY NO pada sentuhan yang tak selamat walaupun pada benda yang nampak remeh contoh tepuk punggung atau dada.

7. Tak pandai memberi

Egocentric anak anak zaman dulu ni kita boleh lihat pada umur 2-4 tahun tapi zaman sekarang ni sampai umur remaja pun masih tebal Egocentric-nya!

Zaman dulu anak diajar untuk berkongsi makan dengan jiran tetangga, ziarah saudara mara dan lain lain benda yang boleh menurunkan tahap Egocentric anak kepada Altruistic!

Tapi anak zaman sekarang banyak menyendiri di dalam bilik bersama smartphone, smart TV dan semua jenis gajet je.

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber : Taufiq Razif

Published by
NanyRahman