Fitrah manusia menyukai kecantikan dan inginkan kecantikan. Cantik itu adalah anugerah.
Namun, percaya atau tidak, cantik itu juga sebenarnya merupakan satu ujian.
Tetapi perlu diingat bahawa cantik itu adalah amat subjektif.
Barangkali ada yang memiliki wajah cerah dan licin tetapi tidak nampak seri, barangkali ada pula yang gelap dan biasa sahaja tetapi begitu manis dipandang.
Cantik sebagai anugerah
1. Meningkatkan rasa syukur
2. Keyakinan diri tinggi
3. Sedap mata memandang
4. Maintanance rendah (sepatutnya)
5. Apabila dikecapi apabila sebelumnya biasa-biasa
Ads
Si cantik yang mempunyai wajah licin bersih, pastinya akan bersyukur kerana tidak perlu berat kepala memikirkan bagaimana untuk mengatasi masalah kulit sekaligus mengurangkan kos perawatan muka dan sebagainya.
Begitu juga akan membolehkan si cantik yakin melangkah.
Dan paling boleh dianggap sebagai anugerah sekiranya mereka yang boleh dianggap biasa sahaja sebelum ini, kini dianugerahkan dengan rupa paras menarik.
Pasti ramai yang mula tertarik.
Cantik sebagai ujian
1. Dijadikan bahan komersial
Ads
2. Disayangi hanya kerana rupa
3. Menimbulkan riak dalam hati
4. Apabila nikmat cantik ditarik sekelip mata
Si cantik biasanya menjadi pilihan untuk melariskan pelbagai produk di pasaran.
Tidak kira bagi pengiklanan produk kecantikan, produk kesihatan hatta produk deodorant lelaki pun menggunakan si cantik sebagai pelaris, tidak semena-mena sahaja deodorant itu perlu diedarkan oleh si cantik sebelum sampai ke tangan si lelaki pemakainya.
Si cantik juga seringkali menjadi mangsa jerat cinta si jejaka yang mementingkan rupa semata-mata. Apabila cantik itu hilang, maka hilanglah cinta Sang Pencinta juga.
Bukankah itu juga satu ujian?
Lebih baiklah mereka yang sederhana paras rupa, yang diyakini disayangi bukan kerana rupa semata-mata.
Riak pula?
Seringkali wujud rasa iri hati di kalangan sesetengah individu yang berasa kurang senang dengan kecantikan yang dimiliki orang lain.
Dan seringkali juga wujud segelintir si cantik rupa yang memandang rendah pada yang lain hanya kerana mereka memiliki aset wajah menarik.
Apa pun, ujian terbesarialah apabila kecantikan itu ditarik dan hilang sekelip mata.
Hilanglah keyakinan diri, hilanglah semangat, dan tidak mustahil hilanglah sebahagian besar mereka yang seringkali menjadi pendamping selama ini.
Kesimpulannya, bersyukurlah dengan apa yang ada kerana semuanya tidak kekal selamanya.
Jadi bunga seindah mawar berduri,
Yang menjadi impian setiap Muslimah
Yang indahnya bukan untuk lelaki,
Tetapi untuk permata yang bernama ”SUAMI”
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Adakah terdapat di dalam sunnah, solat sunat selepas akad nikah?
Jawapan:
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Terdapat beberapa athar daripada perbuatan Sahabat yang menunjukkan kepada perbuatan solat sunat selepas akad nikah namun yang dimaksudkan di sini bukanlah dilakukan secara langsung selepas akad nikah, namun ianya dilakukan ketika mana mendatangi dan menemui si isteri di dalam bilik. Solat ini dilakukan bersama-sama yang mana si isteri menjadi makmumnya. Ini sepertimana yang diriwayatkan oleh Ibn Abi Syaibah di dalam Musannafnya yang mana seorang lelaki telah datang berjumpa dengan Abdullah bin Mas’ud RA lalu berkata:
Maksudnya:Sesungguhnya aku telah berkahwin dengan seorang hamba perempuan yang masih dara dan aku takut dia akan membenciku. Berkata Abdullah bin Mas’ud: “Sesungguhnya rasa kasih sayang serta kelembutan itu daripada Allah, dan kebencian itu daripada syaitan. Dia (syaitan) mahu menyemai rasa kebencian kepada kalian apa yang telah Allah halalkan. Sekiranya kamu mendatangi isterimu, arahkan dia untuk solat dibelakangmu dua rakaat”.
Riwayat Ibn Abi Syaibah di dalam Musannafnya (17156)
Dalam sebuah athar yang lain diriwayatkan daripada Abu Sa’id maula Abu Usaid al-Ansari telah berkata:
Maksudnya:“Aku telah berkahwin dan aku masih dalam keadaan seorang hamba yang dimiliki. Aku telah mengajak sebahagian sahabat Nabi SAW dan dikalangan yang hadir itu adalah Ibn Mas’ud, Abu Dzar dan Huzaifah R.Anhum. Mereka telah mengajarkanku dengan mengatakan: “Jika kamu masuk menemui isterimu, maka solatlah dua rakaat kemudian mintalah kepada Allah SWT kebaikan daripada isterimu dan mohonlah perlindungan daripada keburukan isterimu dan kemudian urusanmu dan juga isterimu”.
Riwayat Ibn Abi Syaibah di dalam Musannafnya (17153)
Berdasarkan dua athar di atas, sebahagian ulama’ mengatakan bahawa hukum solat sunat selepas nikah itu dibolehkan berdasarkan perbuatan para salaf. Oleh itu, melihat kepada nas athar di atas, ianya solat yang dilakukan di dalam bilik ketika si suami memasuki untuk bertemu, mendatangi si isteri dan bukannya dilakukan secara terbuka sejurus selepas nikah. Sekiranya tidak dilakukan, ianya juga dibolehkan.
Sebahagian ulama menggalakkan pelakuan solat sunat selepas nikah. Hal ini amat baik dalam memukadimahkan pembinaan rumah tangga agar menjadi ‘Baiti Jannati’ (rumahku syurgaku).
Wallahu a’lam.
Akhukum fillah,
S.S Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam menentukan barang hantaran yang diperlukan untuk majlis perkahwinan atau pertunangan, eloklah berbincang dengan pasangan dan keluarga agar relevan dan nampak manis dijadikan gubahan hantaran.
Ini 10 tip hantaran oleh Feyy Redzuan ( pereka bunga dan gubahan) yang boleh jadi panduan buat bakal pengantin.
1- Pelamin dan busana pengantin mempunyai tema yang tersendiri, seperti juga hantaran perlu ada tema dan konsep supaya sesebuah hantaran itu menjadi menarik dan eksklusif.
2- Konsistensi amat penting bagi hantaran, jika tidak hantaran akan nampak tidak sama dan sekata dengan hantaran-hantaran yang lain.
3- Dulang,susunan bunga & posisi barang sangat penting untuk memberi kesempurnan kepada sesebuah hantaran.
4- Pilihan warna yang terang dan warna-warna yang lembut menjadi trend masa kini. Warna terang dapat menaikkan sesebuah hantaran itu.
5- Pilihan barang untuk diletakkan pada hantaran juga penting. Jika tidak memilih barang yang sesuai, hantaran akan kelihatan tidak eksklusif
6- Pilih bajet yang sesuai dengan kemampuan tetapi kelihatan eksklusif.
7- Perlu memilih saiz barang hantaran yang sesuai dengan tray dulang. Jika terlalu besar, hantaran akan menjadi padat dan tidak kemas.
8- Kombinasi bunga besar, bunga sederhana, bunga kecil dan daun juga memainkan peranan besar bagi sesebuah hantaran untuk mendapatkan alunan dalam sesebuah hantaran. Tidaklah hantaran itu kelihatan mendatar dan sekata sahaja.
9- Jika membuat hantaran sendiri, perlu membeli bunga satu hari sebelum gubahan supaya bunga kelihatan segar pada hari yang digunakan nanti.
10- Pastikan gubahan hantaran diletakkan dalam bilik berhawa dingin ataupun suhu bilik.
Pesona Pengantin membawa penonton menjengah ke butik Ideana Rozaidi untuk melihat keistimewaan gubahan yang dihasilkan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dah lama berkenalan rupanya si dia tiada hati pun pada anda. Selama ini anda hanyalah ‘syok sendiri’ sahaja rupanya. Anda mencinta dia sepenuh hati anda namun menyedihkan apabila cinta tidak berbalas.
Banyak impak diberikan kesan daripada cinta ‘syok sendiri’ ini. Anda mungkin tertanya-tanya mengapa si dia tidak menghargai cinta anda padanya dan apa sebabnya cinta anda tidak berbalas? Ketahuilah mungkin ini sebabnya!
1. Berusaha terlalu keras untuk mendapatkannya
Ini seperti anda memaksa si dia untuk menyukai anda seperti anda menyukai dirinya. Sebenarnya tak semua orang boleh terima dengan paksaan lebih-lebih lagi mengenai hati dan perasaan ia sememangnya tidak boleh dipaksa.
2. Anda bukan ‘type’ yang dia mahu
Buatlah macam mana pun kalau pendiriannya tetap bukan anda maka jawapannya adalah tidak. Usaha keras anda untuk menawan hatinya juga akan sia-sia. Namun kalau dah seseorang itu tetapkan ‘jenis’ pasangan idaman yang dimahukannya pasti awal-awal lagi anda sudah di tolak olehnya.
3. Si dia masih belum bersedia
Mungkin dia tidak membalas cinta anda kerana dia benar-benar tidak bersedia untuk ke fasa yang seterusnya. Dia mungkin berfikir ada tanggungjawab yang perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum melangkah ke fasa seterusnya.
4. Dia tidak tahu anda menyukainya
Tidak kira perempuan atau lelaki, untuk meluahkan perasaan kepada mereka bukanlah mudah kerana anda perlu bersiap sedia daripada segi fizikal mahupun mental. Anda juga mungkin merasa malu untuk meluahkannya.
5. Suka tunjuk kemewahan
Hal ini juga adalah antara faktornya terjadi kerana apabila anda sering memberikan kemewahan kepadanya tanpa diminta dia akan menjadi tidak selesa dengan anda. Dia mungkin berfikir dengan kemewahan anda boleh menambat hatinya tetapi ternyata ia salah sama sekali.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!