Hubungan

Tak Check Phone Suami, Che Ta Ada Banyak Lagi Urusan Lebih Penting

Share

Memilih untuk tidak check phone suami, pelakon Che Ta atau Rozita Che Wan ada alasannya tersendiri berkenaan isu ini.

Menurut perkongsiannya di satu portal hiburan, dia pun sibuk dan banyak lagi urusan lebih penting daripada bertindak sedemikian terhadap Zain Saidin yang juga merupakan pelakon dalam industri tempatan.

Tak Check Phone Suami

Pemilik nama lengkap Rozita Abu Bakar, 51, itu berkata kepercayaan sesama sendiri sangat penting kerana sehebat mana penipuan sekali pun akan terbongkar jua.

“Ramai DM (mesej langsung) saya tanya tak periksa telefon Zain (suami)kah?

Tak kuasa nak periksa telefon dia. Telefon aku pun tidak sempat balas mesej.

“Tetapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Ingat konsep itu,”

katanya menerusi sebuah video.

Letak Kepercayaan Pada Suami

Dalam masa sama, Rozita yang lebih mesra disapa Che Ta turut meletakkan kepercayaan 100 peratus buat suaminya walaupun tidak memantau aktiviti dalam telefon.

Konsepnya kita percaya tetapi bila awak cari pasal sekali, siaplah. Masa itu baru tahu langit tinggi atau renda.

“Macam itu konsepnya sebab kita ada kehidupan sendiri dan tak kuasa nak periksa itu ini.

“Tidak sempat tetapi kalau bersiap atau bersolek, saya ada banyak masa. Periksa laki (suami) memang tiada masa,” ujarnya lagi.

Kebelakangan ini, ibu kepada tiga cahaya mata itu kerap memberi ingatan mengenai kes kecurangan rumah tangga dalam media sosial sebagai perkongsian bersama.

Kredit gambar: Rozita Che Wan

Published by
Nadia