Tak Cukup Tidur, Punca Kanser. Bakal Pengantin Janganlah Kerja Lebih Masa Sangat

Share

Mungkin kebelakangan ini kita kerap mendengar tentang kesan buruk akibat dari kekurangan masa tidur. Pada masa yang sama, ia mampu memberikan kesan buruk kepada kesihatan tubuh badan. Disebabkan kekangan kerja yang banyak dan tidak boleh ditangguh sama sekali, ramai yang terpaksa melakukan pekerjaan di rumah sehingga masa tidur mula terganggu. Kalau nak kumpul duit sebab nak kahwin pun, tidur kena jaga ya semua!

Sekiranya anda pernah merasa secara langsung terhadap kesan-kesan kekurangan tidur seperti tidak mampu memberikan perhatian yang sepenuhnya, rasa rimas dan kelelahan kerana rasa mengantuk yang teramat. Tahukah anda, terdapat kesan sampingan yang serius boleh anda alami jika tidak dibendung lebih awal.

Mari kita semak kesan keburukan akibat kekurangan tidur yang boleh menyebabkan kanser yang harus anda ketahui.

Apa yang harus anda ambil tahu

Jika seseorang individu tersebut mengalami kurang masa tidur, kemungkinan besar ia boleh mengalami pelbagai jenis penyakit serta menganggu kesihatan tubuh badan mereka. Tahukah anda, terlalu kerap kurang tidur boleh menyebabkan anda mendapat risiko besar seperti penyakit kanser. Jika anda tidur kurang dari 6 jam, kemungkinan risiko kematian awal serta risiko kanser boleh berlaku seperti yang dilaporkan oleh The Independent.

Seandai ia masih diteruskan, kemungkinan disebabkan kurang masa tidur boleh menyebabkan kematian kerana mempunyai tekanan darah tinggi, diabetes tahap 2, sakit jantung dan strok. Menurut kajian yang telah diterbitkan oleh Journal Persatuan Herat Amerika, jika seseorang itu mempunyai masa tidur yang kurang dari 8 jam kemungkinan mereka akan mempunyai masalah kesihatan.

Terdapat satu penyelidikan yang telah dijalankan pada tahun 1991 sehingga 1998. Pada tahun 2016, dikatakan terdapat sebanyak 512 peserta yang didapati meninggal dunia dan separuh darinya mengalami penyakit jantung, strok dan kanser.

Oleh itu, sangat penting seseorang itu mendapatkan masa tidur yang cukup dan mampu melindungi dari terkena risiko kesihatan seperti di atas, ujar Prof. Julio Fernandez- Mendoza dari Pennysylvania State College of Medicine. Terlalu banyak tempoh tidur yang kurang akan menyebabkan kesihatan seseorang itu berada di tahap yang kritikal.

Hasil dari penemuan yang disebutkan oleh Mendoza, ia juga mampu mengenalpasti serta menyelesaikan masalah tidur yang memberi kesan pada kesihatan.
Jika anda tidak mahu apa-apa yang menganggu kesihatan tubuh badan, sebaiknya anda harus menjaga waktu tidur supaya teratur dan tidak mempunyai masalah. Sekian petikan dari Mv.beritacenter.com

Published by
Kim