Sesetengah orang beranggapan bahawa komitmen dalam hubungan itu sesuatu yang meremehkan. Padahal jika sayang dengan pasangan, bukan hanya janji manis yang terungkap di bibir tapi perlunya tanggungjawab yang boleh membuatkan bahagia.
Apatah lagi komitmen di dalam hubungan tidaklah sukar untuk sama-sama mewujudkan. Ia bukan sekadar janji manis tapi perlulah ada kesedaran diri untuk bertanggungjawab terhadap hubungan yang terjalin antara anda berdua.
Meskipun ia sering dianggap remeh, komitmen dalam hubungan ini secara tidak langsung boleh membuatkan hubungan anda dan pasangan semakin kuat.
1. Setia hingga ke hujung nyawa memang sesuatu yang berharga
Kesetiaan jelas menjadi pokok utama dalam hubungan. Namun jika hanya bermodalkan setia tanpa adanya rasa saling menghargai, perhubungan itu sukar untuk dijalani. Saling menjaga hati pasangan membuatkan hubungan kekal mesra dan berkekalan. Hubungan anda berdua akan rapuh berpunca daripada kesetiaan yang tidak terjaga.
2. Ubati kerinduan dengan bertanya khabar melalui telefon
Jika berhubungan tanpa rasa rindu keadaan akan menjadi hambar. Namun jika sering rindu-rinduan tanpa batasan ia hanyalah membuang masa. Ketika anda sedang dilanda rindu, pastinya ada cara untuk saling mengubati. Tidak semestinya anda berdua selalu bertemu, jika memang waktu dan kesibukan anda berdua tidak memungkinkan untuk bersua. Sekadar saling menyapa menerusi telefon di malam hari pun sudah memadai. Asalkan ia mampu mengubati kerinduan anda berdua.
3. Berkomitmen untuk terus bersama, meskipun rasa bosan mula dirasai.
Anda yang sudah mempunyai teman istimewa cukup lama pasti pernah merasa bosan. Ketika anda dalam keadaan sebegini, tidak bermaksud anda sudah tiada lagi perasaan cinta. Namun anda berdua hanya perlu bersabar melalui hubungan yang dibina. Ketika rasa bosan melanda, anda terus memberi komitmen untuk terus bersama. Komitmen ini tentu saja berbeza antara anda dengan pasangan yang lainnya. Ada yang memilih untuk berdiam seketika dengan tidak bertemu beberapa waktu, malah ada pula yang tetap bertemu namun mengurangkan komunikasi chat atau telefon. Yang penting, ada kemahuan untuk tetap bersama pada ketika bosan datang melanda.
4. Anda dan dia perlu ada komitmen untuk terus seiringan dalam apa jua keadaan
Menjalinkan hubungan bukan sekadar selalu jalan bersama. Bukan juga sama-sama berjuang dengan wujudnya hubungan. Maka dari itu anda dan dia perlu memiliki komitmen untuk terus seiringan melangkah, walau salah seorang di antara anda mulai rasa penat. Jangan mudah untuk mengalah andai anda berdua dilanda masalah yang mendatang. Hadapi dan atasinya bersama-sama.
5. Bukan hanya teman istimewa, anggap dia sebagai pasangan terbaik dalam merencanakan masa depan
Memang ketika ini anda dan dia masih dalam peringkat teman istimewa. Namun tidak ada salahnya untuk menjadikan dia lebih daripada itu. Agar hubungan yang dijalankan lebih akrab dan semakin kuat, anda boleh menganggapnya sebagai pasangan dalam menjalankan hubungan. Dengan menganggapnya sebagai pasangan hidup, anda boleh berbincang, bertukar fikiran tentang kehidupan bersama dan sebagainya. Sebabnya, pasangan akan memiliki peranan yang lebih lengkap dibandingkan dengan teman istimewa.
6. Komitmen bukan hanya untuk pasangan anda tapi juga untuk diri sendiri
Agar hubungan semakin kuat, anda bukan hanya perlu berkomitmen dengan teman istimewa. Anda juga perlu ada komitmen dengan diri sendiri. Salah satunya ialah berkomitmen untuk menjaga peribadi dengan lebih baik lagi. Ketika anda berusaha untuk menjaga peribadi yang lebih baik, pasangan anda juga rasa segan untuk melakukan hal tidak baik demi menjaga hubungan anda berdua.
Anda tidak perlu takut apalagi ragu-ragu dengan komitmen dalam hubungan. Di masa depan, anda dan pasangan masih akan menemui banyak cabaran dalam menjalinkan hubungan. Asalkan komitmen sudah terbina antara anda berdua, pastinya hubungan akan terasa mudah di masa hadapan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI