Macam pelik jadinya bila ada yang tak letak harga perkahwinan, zaman sekarang semua orang pentingkan duit.
Namun ini lah alasan seorang ayah, mahal niatnya demi kesinambungan kasih sayang pada anak perempuan selepas dia melepaskan tanggung jawabnya pada menantu lelaki.
Tak Letak Harga Perkahwinan
Pengalaman pertama dan terakhir bila rombongan meminang anak perempuan sulong saya, diadakan dirumah kakak saya di Sungai Seluang.
Pihak pengantin lelaki diketuai oleh Besan saya kini, bertanyakan berapakah wang hantaran. Saya dengan pantas menjawab, depa berdua ( anak saya dan pasangannya ) dah berbincang. Ikutlah apa yang depa bincangkan.
Besan saya bertanya lagi, “ayah tak mahu letak harga ke?” Saya jawab, “kalau saya, percuma.” Tanpa memberi alasan. Jawapan saya mengejutkan pihak rombongan. Namun sampai hari ini mereka tertanya-tanya maksud jawapan saya, percuma.
Menantu Penyambung Kasih Sayang
Bagi saya menantu lelaki, adalah penyambung kasih sayang seorang ayah. Bagi saya kasih sayang seorang ayah tiada harga yang boleh ditukar ganti. Saya tidak mahu membebankan seorang yang bakal menyambung kasih sayang ayah.
Sebelum itu saya pernah berbual personal dengan anak sulong saya. Saya katakan kepada dia, jika bakal menantu ayah tak cukup belanja, bagi tahu kat ayah. Ayah akan sediakan wang hantaran untuknya.
Anak saya ketawa. Namun dalam hati saya ikhlas. Saya tak main-main dalam perkara ini. Walaupun mereka mampu namun bagi saya inilah nilai kasih sayang sayang, kepada anak sulong saya.
Rindu Pada Anak
Selepas berkahwin, saya setiap malam mesej anak sulong saja. Dia sekadar reply icon. Dek kerana kerap sangat, anak saya bertanya rindu ke?
Sejak hari itu saya berhenti untuk mesejnya setiap malam kerana saya malu untuk menyatakan perasaan rindu saya kepada anak perempuan saya.
Anak perempuan saya datang melawat saya. Perasaan gembira saya tidak dapat dipamirkan kerana ego seorang ayah. Hakikatnya saya rindu.
Begitulah kasih sayang seorang ayah kepada anak perempuanya, nak cerita hal sebuah kerinduan pun segan. Moga kita yang berstatus anak sedar dan tak lupakan mak ayah bila sudah berkahwin. Tetap hubungi dan bertanya khabar.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI