Orang bujang pastinya rimas bila sering ditanyakan soalan, ‘bila nak kahwin’. Hakikatnya semua orang ingin hidup berumah tangga dan memiliki pasangan. Namun bukan semua yang bernasib baik bertemu jodoh awal.

Ada yang lama berkawan tapi putus di tengah jalan. Tak kurang juga yang teringin nak berkahwin tapi belum bertemu jodoh. Apa pun itu bukan urusan manusia kerana ia takdir Ilahi. Yang penting, jangan sesekali tak berusaha. Selebihnya bertawakallah kepada Allah.

Lelaki bernama Amir Syahir ini kongsikan 10 perkara yang perlu anda hadam. Nasihatnya, tak perlu nak ambil hati dan jangan gelabah jika ditanya soalan ‘bila nak kahwin’. Jawab je dengan tenang, “In Sha Allah, doakan saya dapat jodoh yang baik”.

Bila Nak Kahwin?

Jika kau masih bujang, mesti saudara mara ataupun makcik korang akan ada yang tanya soalan macam ni bila korang pergi beraya rumah dorang nanti;

“BILA NAK KAWIN?”

Kau jangan gelabah. Kau jawab je dengan tenang,

Ads

“In Sha Allah, doakan saya dapat jodoh yang baik”. Sambil mengukir senyuman.

Jodohkan rahsia Allah, biarlah kau serahkan pada Allah. Tak perlu nak ambil hati pun kalau ada orang tanya kau soalan macam tu.

1. Kau serahkan hal ehwal jodoh kepada Allah. Tapi kau kenalah berusaha juga. Usaha itu dari perilakuan, perbuatan dan perkataan.

2. Apapun, berdoalah dan beristikharahlah. Mohon petunjuk Allah. Sesungguhnya hanya Allah tahu siapa jodoh yang terbaik untuk kita.

3. Jika ada yang berkenan, semoga proses ta’aruf itu dipermudahkan Allah, In Sha Allah dia lah jodoh yang terbaik. Jika sebaliknya, bersabarlah. Mungkin belum masanya untuk Allah temukan kau orang dengan jodoh yang terbaik untuk kau orang.

Ads

4. Jika sudah mendapat petunjuk, teruskan langkah. Jika dia jodoh yang Allah tetapkan untuk kita, pasti Allah akan mempermudahkan segalanya.

5. Apabila Allah menginginkan dua hati bertemu, Dia akan menggerakkan keduanya. Tidak hanya salah satu hati.

6. Tapi jangan cuba nak try jodoh orang lain pulak ye. Dah kau orang tahu dia dah berpunya, tak payah la nak cuba juga. Tak elok kau bahagia orang lain pula derita. Binalah rumah tangga tanpa buat orang lain sengsara.

7. Jodoh ni kalau benar-benar kau sudah sedia ia akan berlaku sekejap sahaja. Contohnya berkenalan bulan satu, bertunang bulan lima dan kahwin bulan tujuh. Ataupun lebih pantas daripada itu. Kenal kejap terus akad nikah.

Ads

8. Pada kaum lelaki persiapan diri dengan ilmu pengetahuan, agama, pengurusan kewangan dan motivasi diri. Kawal marah dan tingkatkan kesabaran. Jadilah sang setia, penyayang, jujur serta ikhlas. Jika kau sudah sedia, tentunya Allah akan tunjukkan jodoh kita.

9. Pada kaum wanita, tak perlulah bersedih jika jodoh belum sampai walaupun sudah berusia. Ada hikmah disebaliknya. Perancangan Allah Maha Hebat. Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. Senyumlah dan sabar menunggu jodoh. Berusaha dan berilah ruang dan peluang pada mereka mahu mengenali diri kau. Mana tahu jodoh kau orang sebenarnya ada depan mata. Rupa bukanlah segala-galanya. Ingat tu.

10. Kau harus bersyukur kenapa Allah belum jumpakan aku dengan jodoh kau tu. Mungkin Allah mahu kau jaga mak ayah kau dulu. Beri sepenuhnya perhatian kepada mereka.

Jodoh takkan lari bila dikejar, takkan datang jika tak iktiar. Kalau orang yang kau suka nak pergi tu lepaskan dia dengan rela. Mungkin si dia hadir sekadar persinggahan. Sama ada kau belajar sesuatu daripada dia ataupun dia belajar sesuatu daripada kau.

Dan jodoh takkan datang jika kau tak usaha. Kalau kau tak berani nak ucap isi hati kau, memang kau tak tahu dia pun ada rasa yang sama ke kau ataupun tak. Usaha dulu dan tawakal kepada Allah.

Semoga tahun depan kau beraya sebagai suami ataupun isteri orang dah. Moga kau cepat-cepat kahwin. Kah!

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI