Tak perlu beli almari sebab bila pakai ‘Walk In Wardrobe’, ruang bilik akan nampak lebih kemas dan teratur. Nak ambil baju pun senang, jadi tak jadi masalah jika anda tak ada bilik pakaian.
Lagi pun, kebanyakan rumah terdiri daripada dua atau tiga bilik sahaja sehingga ada yang menjadikan bilik utiliti sebagai ruang rehat kerana bilangan anak yang ramai.
Tak Perlu Beli Almari, Pakai ‘Walk In Wardrobe’ Pun Nampak Kemas
Bilik yang ada pula kecil saiznya dan jika ditambah dengan almari pakaian, pastinya kelihatan lebih sempit dan kurang selesa selain membuatkan ruang menjadi sedikit panas.
Menggunakan hanya penyangkut pakaian yang biasa pula menjadikan bilik kelihatan berselerak dan semak.
Tahukah anda untuk bilik tidur yang bersaiz kecil, penggunaan almari sangat tidak digalakkan?
Jadi, apa kata anda buat konsep open closet atau walk in wardrobe seperti perkongsian Zackreena Md Isa ini.
Ads
Bukan sahaja jimat ruang, malah boleh digunakan untuk meletakan baju dan pelbagai barangan. Barulah tak berselerak!
1. Pasangkan braket mengikut tahap ketinggian dan keluasan yang diinginkan.
2. Tambahkan papan atau rak gantung sebagai pelapis untuk tempat penyimpanan di beberapa ruang atau sudut yang sesuai.
Ads
3. Letakkan kayu panjang atau rail untuk sangkut pakaian.
Anda boleh setkan sendiri berapa panjang dan jumlahnya mengikut kategori pakaian sama ada kemeja, blouse atau skirt dan tudung.
Ads
4. Untuk kelihatan lebih kemas, pasangkan langsir yang menggunakan warna senada.
5. Jangan lupa untuk tambahkan lampu khas di ruangan ini supaya memberi nilai tambah.
Bilik yang kecil pun kelihatan luas dengan konsep walk in wardrobe ini.
Namun, penggunaan warna memainkan peranan penting supaya bilik anda kelihatan luas, selesa dan mewah di samping aksesori tambahan. Nanti cuba cara ini ya, inshaa Allah ruang pakaian nampak lebih kemas.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila sudah bertahun kahwin, mesti peti sejuk yang sedia ada di rumah tidak lagi cantik seperti awal-awal beli. Dalam masih elok tetapi permukaan peti jadi sebaliknya, ini boleh menyebabkan golongan isteri rasa nak beli baru!
Hah, jangan bimbang! Ada cara mudah untuk mengembalikan peti sejuk lama anda jadi seperti baru, Encik Suami boleh tolong godek untuk beli jiwa isteri kejap.
Peti Sejuk Lama Jadi Baru Balik, Suami Boleh ‘Beli Jiwa’ Isteri Cara Ini
Ini cara dan kaedah untuk mengubahsuai peti sejuk lama anda dengan hanya menggunakan pelekat ‘Glossy’ sahaja. Mari kita lihat cara-caranya menerusi perkongsian Nur Aqeesha di laman media sosial Facebook.
Cantik, bukan? Jimat duit poket suami kita. Peti sejuk lama masih boleh guna, kenapa pula nak membazir beli baru? Cuba tip ini ya, suruh suami anda buat kejap.
Jika anda mahu mendapatkan pelekat ‘Glossy’ ini, anda boleh membuat pembelian secara dalam talian menerusi aplikasi Shopee.
Sumber: Facebook Nur Aqeesha
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebaik bakal pengantin mendapatkan khidmat dan sentuhan seorang perancang majlis perkahwinan yang profesional, pelbagai pilihan dan nasihat dikongsi bagi menjayakan sebuah majlis perkahwinan idaman. Perancang perkahwinan akan mengadakan persiapan majlis perkahwinan mengikut bajet yang ditetapkan, mencadangkan alternatif lain untuk lebih penjimatan, mengenal pasti lokasi yang sesuai, memberi cadangan aturcara majlis perkahwinan dan juga menyediakan hiasan mengikut tema yang anda putuskan, dengan adanya perancang perkahwinan aturcara majlis berlangsung sempurna mengikut jadual.
Berpengalaman luas selama lapan tahun dalam industri perkahwinan membuat Waridi Hamdan pemilik Anggun Reka Dekor yang dahulunya dengan jenama Adieadlan Weddings & Events kekal bertahan hingga kini. Tiada yang lebih penting buat dirinya selain kepuasan yang dikecapi oleh pelanggan atas hasil kerja yang dipersembahkan. Ianya memberi makna tersendiri buat diri apabila pelanggan menghargai kreativiti yang dilontarkan.
Bagaimana membina nama hingga menjadi wedding planner yang dikenali ?
Pada asasnya A & A Event dengan jenama Adieadlan Weddings & Events bermula kira-kira lapan tahun yang lalu. Asalnya ia diterajui oleh dua orang namun hayat rakan kongsi tidak lama di mana dia meninggal dunia tahun lalu. Saya rebranding syarikat kepada Anggun Reka Dekor.
Kami mula terlibat dengan kerja kahwin ini sejak dari zaman belajar lagi. Ketika itu di UiTM Shah Alam, kami jadi helper beberapa syarikat atau wedding planner. Kami curahkan kreativiti dalam gubahan bunga selama lebih kurang dua hingga tiga tahun.
Bermula dari situ sehingga ke satu tahap kami merasakan kenapa tidak membina syarikat dengan jenama sendiri. Kami berfikir bila ada kepakaran dan ada syarikat sendiri semua akan berjalan lancar. Tapi sebenarnya tidak. Ketika itu job tertumpu kepada dekorasi majlis perkahwinan, gubahan bunga dan hantaran.
Menurut Waridi, klien yang ada kini bermula adalah menerusi kawan dan merebak dari mulut ke mulut sehingga sekarang. Ada yang bermula daripada membuat majlis perkahwinan dan seterusnya ke majlis berendoi.
Bagaimana membina nama hingga kekal kini?
Zaman dahulu kita boleh kenal nama nama besar di dalam industri dan tiada media sosial. Kita tidak ada benda nak tunjuk dan upload. Klien akan hubungi atau email dan berjumpa dan kita bawalah sketch. Sekarang wedding planner tumbuh bagai cendawan lepas hujan dengan harga yang berbeza. Ada yang terlalu murah dan ada yang terlalu tinggi harganya. Saya agak bersyukur kerana klien terdiri daripada moderate average. Mungkin atas faktor selesa untuk bekerjasama dengan saya oleh itu apa yang mereka mahu akan dipenuhi . Walaupun ada standard harga, kami try to fit dengan kehendak klien. Mungkin dari segi itu, menyebabkan saya masih kekal walaupun memang tidak nafikan sekarang agak sukar kerana terlalu banyak wedding planner terutama dalam meletakkan harga. Tetapi satu yang saya pegang ialah rezeki itu di tangan Allah. Maka apa-apa pun saya terima. Saya beri apa yang patut , jika mereka tidak berminat saya terima dengan hati terbuka. Bagi saya masing-masing punyai kreativiti dan sentuhan yang tersendiri. Kadang-kadang ada klien datang dengan idea pelamin orang lain. Saya selalu cakap dengan klien apa kata kita come out dengan idea yang lain sesuai dengan bajet.
Apa yang diutamakan kepada pelanggan untuk kepuasan hati mereka?
Klien yang mendapattkan perkhidmatan dari kami biasanya akan cuba memenuhi kehendak mereka. Walaupun ada sesetengah permintaan mereka di luar kemampuan , saya akan memberitahu mereka dan berbincang sehingga kedua belah pihak bersetuju. Perkara yang sering diutamakan ialah kepuasan pelanggan dan juga kemampuan saya sebagai decorator untuk merealisasikan impian mereka.
Bagaimana menghadapi persaingan dengan wedding planner yang lain?
Memang saya tidak nafikan banyak persaingan berbanding zaman semasa saya mula ceburi dahulu. Dahulu klien akan terima sebutharga yang diusulkan memandangkan ketika itu pilihan terhad. Decorator , planner tidak ramai, berbanding kini sangat ramai yang menyebabkan harga juga berbeza dan market mula berpecah dan pelanggan-pelanggan ada banyak pilihan. Selain itu pelanggan merasakan mereka ada kuasa. Bagi saya itu perkara biasa dalam menghadapi persaingan di antara wedding planner yang baru. Mungkin dari segi harga yang ditawarkan kepada klien yang moderate dan kualiti yang ditawarkan menyebabkan saya berbeza dari mereka.
Apakah signature kerja anda?
Saya daripada dahulu malah hingga kini, kebanyakan hasil kerja bertema all white dan ada elemen garden. Namun bila ada yang meminta tema yang lain, kami tidak menghampakan keinginan pelanggan.
Rujukan yang sering menjadi panduan anda?
Masa mula-mula dahulu banyak terlibat dengan gubahan bunga, rujukan utama ialah daripada Jeff Leathman dan David Tertera ( perancang dekorasi). Jika dari Malaysia, zaman saya ketika itu ialah seperti Nas Great Idea, Rekateemor dan juga Razak Flora Etc jadi contoh terbaik buat saya.
Cabaran yang dilalui?
Dalam perniagaan ini sudah jadi adat, ada jatuh dan bangun. Sepanjang saya terlibat dalam industri ini memang ada zaman kejatuhan kami.Kekurangan dari segi klien memberi idea untuk saya mengembangkan skop kerja lebih kepada dekorasi korporat contohnya dekorasi untuk majlis perayaan, antara klien saya ialah PKNS, Magnum, Lazada dan beberapa lagi. Dulu klien lebih kepada personal seperti pengantin, tetapi kini adanya klien korporat.
Andai klien terlalu cerewet saya suka mencadangkan dia deal dengan wedding planner yang lain. Perkara ini perlu ada kerjasama daripada dua pihak supaya hasilnya nanti elok dan kedua pihak berpuas hati. Pada saya jika first time saya rasa selesa, klien itu memang saya akan jaga.
Adakah klien bertumpu hanya di Lembah Klang?
Ada juga klien dari jauh seperti Kedah dan Pahang. Klien yang jauh sudah sedia maklum akan membiayai kos dari aspek pengankutan dan penginapan.
Dalam kebanyakan majlis kahwin yang dibuat, manakah yang meninggalkan memori buat diri?
Setakat ini Alhamdulillah tidak ada apa yang terjadi kejadian yang teruk terjadi. Semuanya berlangsung sweet namun ada sedikit masalah teknikal tiba-tiba backdrop pengantin jatuh. Nasib baik pengantin belum sampai lagi. Namun ia dapat diatasi.
Bagaimana jika idea diciplak?
Ia perkara normal cuma kalau diciplak sama bolehlah saman. Tapi kalau hasil kerja menjadi inspirasi pada pihak yang meniru patutlah berbangga. Bila kreativiti anda ditiru bermakna ada follower. Klien pun tahu nak pilih siapa. Nasihat saya kalau klien yang sudah pergi ke satu wedding planner dan membawa idea dari planner itu memang tidak wajar dilakukan. Hargailah hasil kerja orang lain.
Suka dan duka menjadi wedding plannner?
Antaranya ialah setelah penat mengerah idea, tetapi idea itu tidak diterima. Keduanya wedding planner bekerja dalam waktu yang berbeza. Cabaran kami ialah time frame.Kadang-kadang pekerja-pekerja part timer, buat kerja tidak seperti yang diharapkan. Perkara sebeginilah yang perlu dihadapi.
Perancangan untuk masa hadapan
Sejak dari dulu saya punya impian mempunyai venue atau dewan sendiri. Itu lebih senang untuk luahkan pelbagai idea. Semua di bawah satu bumbung dengan pakej-pakej yang disediakan .
Projek terkini
Pengurusan majlis perkahwinan tetap menjadi keutamaan dalam kerjaya saya. Sekarang sedangn menyiapkan dekorasi krimas untuk syarikat korporat PKNS dan Tahun Baru Cina.
Tip & nasihat buat mereka yang baru ceburi dalam industri perkahwinan
Pertama sekali perlu ada minat dalam bidang yang ingin diceburi iaitu dekorasi. Pastikan hasil kerja itu benar-benar datang dari anda bukan datang dari orang lain. Boleh cedok inspriasi sikit-sikit namun sebaiknya luahkan idea sendiri.
Bagi saya jagalah hubungan dengan pelanggan sebaiknya agar ia bertahan untuk jangka masa yang lama selain perlu kuat semangat kerana dugaannya pelbagai.
FOTO : TUAN AZMAN TUAN MUDA & KOLEKSI ADI WARIDI
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mungkin ada di kalangan anda yang gemar makan dengan cepat? Kunyah lebih kurang lepas itu terus telan. Ada orang yang tidak mengambil masa lama untuk makan. Kalau boleh semuanya hendak cepat dan pantas.
Tahukah anda anda bahawa tabiat makan dengan cepat boleh menyebakan masalah kesihatan? Luangkan sedikit masa untuk anda menikmati makanan. Jangan tergopoh-gapah ketika menikmati makanan.
Kunyahlah dengan perlahan-lahan dan nikmati makanan anda sebaiknya. Banyak kesan buruk pada kesihatan terutama pada sistem penghadaman bila kita makan dengan laju dan tidak mengunyah dengan betul.