Tak Perlu Beli Almari, Pakai ‘Walk In Wardrobe’ Pun Nampak Kemas

Share

Tak perlu beli almari sebab bila pakai ‘Walk In Wardrobe’, ruang bilik akan nampak lebih kemas dan teratur. Nak ambil baju pun senang, jadi tak jadi masalah jika anda tak ada bilik pakaian.

Lagi pun, kebanyakan rumah terdiri daripada dua atau tiga bilik sahaja sehingga ada yang menjadikan bilik utiliti sebagai ruang rehat kerana bilangan anak yang ramai.

Tak Perlu Beli Almari, Pakai ‘Walk In Wardrobe’ Pun Nampak Kemas

Bilik yang ada pula kecil saiznya dan jika ditambah dengan almari pakaian, pastinya kelihatan lebih sempit dan kurang selesa selain membuatkan ruang menjadi sedikit panas.

Menggunakan hanya penyangkut pakaian yang biasa pula menjadikan bilik kelihatan berselerak dan semak.

Tahukah anda untuk bilik tidur yang bersaiz kecil, penggunaan almari sangat tidak digalakkan?

Jadi, apa kata anda buat konsep open closet atau walk in wardrobe seperti perkongsian Zackreena Md Isa ini.

Bukan sahaja jimat ruang, malah boleh digunakan untuk meletakan baju dan pelbagai barangan. Barulah tak berselerak!

1. Pasangkan braket mengikut tahap ketinggian dan keluasan yang diinginkan.

2. Tambahkan papan atau rak gantung sebagai pelapis untuk tempat penyimpanan di beberapa ruang atau sudut yang sesuai.

3. Letakkan kayu panjang atau rail untuk sangkut pakaian.

 

Anda boleh setkan sendiri berapa panjang dan jumlahnya mengikut kategori pakaian sama ada kemeja, blouse atau skirt dan tudung.

4. Untuk kelihatan lebih kemas, pasangkan langsir yang menggunakan warna senada.

5. Jangan lupa untuk tambahkan lampu khas di ruangan ini supaya memberi nilai tambah.

Bilik yang kecil pun kelihatan luas dengan konsep walk in wardrobe ini.

Namun, penggunaan warna memainkan peranan penting supaya bilik anda kelihatan luas, selesa dan mewah di samping aksesori tambahan. Nanti cuba cara ini ya, inshaa Allah ruang pakaian nampak lebih kemas.

Published by
Nadia