Untuk mengumpul wang demi mendirikan rumah tangga sememangnya satu agak sukar. Apatah lagi jika anda mempunyai gaji yang kecil dan cukup-cukup makan. Ia memerlukan masa untuk mengumpul wang tersebut.
Antara jalan mudah dan cepat untuk berkahwin tentunya dengan membuat pinjaman bank. Bukan setakat buat majlis kahwin, anda boleh honeymoon ke luar negara menggunakan duit tersebut. Tak perlu susah-susah nak simpan duit dan ikat perut.
Perkara ini sebenarnya sangat membimbangkan kerana kehidupan selepas berkahwin memerlukan lebih banyak wang berbanding majlis perkahwinan itu sendiri.
Jika anda berhutang, anda mungkin bakal berdepan dengan masalah-masalah ini selepas berkahwin nanti:
1. Semakin besar hutang, semakin terbeban
Ramai yang tidak sedar atau mereka sebenarnya tidak ambil peduli tentang hal ini. Apabila anda membuat pinjaman yang besar, ia akan membebankan diri anda. Mana tidaknya, anda perlu membayar hutang serta bunga yang telah ditetapkan oleh pihak tersebut. Sukar untuk anda lari dari bebanan ini. Jika anda melengahkan bayaran, semakin tinggi beban yang terpaksa ditanggung.
2. Ambil masa yang lama untuk selesaikan
Nak pinjam duit untuk majlis perkahwinan tidak cukup hanya seribu atau dua ribu. Tentunya anda akan meminjam belasan atau puluhan ribu. Tentu anda tidak mampu selesaikan dalam dua atau tiga bulan. Paling tidak, anak dah 3 pun hutang masih belum selesai.
3. Tambah hutang makin kurang keselesaan rumah
Anda pasti akan terbeban dengan hutang-hutang seperti hutang kereta, perkahwinan, rumah dan banyak lagi. Pastinya keadaan ini buat anda tidak selesa dan keadaan di rumah terabai. Mana tidaknya, wang yang sepatutnya digunakan untuk memberi keselesaan di rumah perlu digunakan untuk membayar hutang.
4. Perlu tunda keinginan dan kemahuan
Apabila berhutang, anda perlu bersedia banyak perkara. Keinginan dan kemahuan anda juga terpaksa disekat. Anda tidak boleh membeli barangan idaman anda.
5. Punca salah faham dan perbalahan
Bila anda tertekan dengan bebanan hutang, secara tidak langsung ia akan menyebabkan terjadinya perbalahan antara anda dan pasangan. Tekanan itu terpaksa anda tanggung seorang diri.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hey Gadis Moden! Ini 5 soalan Anda Perlu Tanya Pada Calon Suami!
Pastinya setiap pasangan yang menjalinkan hubungan cinta ingin mengakhiri petalian tersebut dengan ikatan yang suci. Selain bersedia dari segi ilmu fardu ain dan fardu kifayah, anda juga perlu bersedia dari fizikal, mental dan juga ekonomi. Sebelum masuk ke fasa yang lebih serius, tanya soalan-soalan yang lebih ke arah masa depan. Tanya soalan-soalan berkaitan kewangan dan ekonomi. Sebaik-baiknya anda bertanya soalan-soalan ini di masa yang sesuai.
KERJAYA
“Berapa gaji awak sekarang?”
“Apa prospek masa depan kerjaya awak tu ya? Ada peluang naik pangkat tak?”
Jika pasangan anda berkerja makan gaji, cuba tanya soalan mengenai prospek masa depan kerjaya pasangan anda dan potensi untuk kenaikan pangkat. Ini penting untuk menilai perancangan jangka panjang demi masa depan bersama. Takkan kita nak pasangan kita lompat-lompat kerja? Mestilah anda mahukan bakal suami anda mempunyai kerjaya yang boleh menjamin kestabilan.
KEWANGAN
“Apa rancangan awak untuk memantapkan ekonomi keluarga kita lepas kahwin nanti?”
“Berapa awak target dapat simpan setiap bulan?”
“Berapa banyak duit simpanan dah ada untuk bayar deposit rumah?”
Mungkin soalan ini kedengaranm poyo, namun sekiranya pasangan anda teragak-agak untuk menjawabnya, kemungkinana masa depan anda tidak terlalu cerah. Bakal suami anda perlulah menjadi lelaki yang boleh mengetuai ekonomi rumahtangga agar masa depan lebih terjamin.
PERLINDUNGAN
“Awak dah ambil takaful?”
Kepada si gadis, sebelum berkahwin tanya dulu soalan wajib ini kepada pasangan anda. Adakah dia sudah mencarum atau belum personal takaful? orang yang mempunyai takaful ini sudah semestinya bijak menguruskan wang kerana mempunyai perancangan di masa hadapan. Jangan lupa minta pasangan anda masukkan nama anda sebagai pewaris bila sudah sah bergelar suami isteri nanti.
HUTANG
“Awak ada hutang kredit kad tak?”
“Awak pernah buat personal loan tak?”
“Awak dah start bayar hutang PTPTN? Berapa balance yang tinggal?”
Hutang adalah mimpi ngeri kepada sesiapa sahaja. Silap haribulan ia boleh menjadi salah satu punca rombongan meminang ditolak. Adalah penting untuk anda bertanya tentang hutang-hutang yang ditanggung oleh bakal pasangan kita itu. Ini bukanlah berniat untuk membuat dia berasa bersalah atau bimbang, tetapi jika sudah mengetahui lebih awal, boleh berbincang bagaimana cara terbaik untuk menguruskan hutang-hutang itu bersama-sama.
PENDAPATAN
“Awak nak saya kerja ke lepas kahwin?”
“Awak rasa berapa banyak yang kita perlukan untuk survive?”
Ini boleh menjadi satu soalan yang penting terutamanya kepada wanita yang menghargai kerjaya mereka. Dengan bertanyakan soalan ini, anda akan mendapatkan jawapan sama ada pasangan hidup anda mahu anda untuk meneruskan kerjaya atau menjadi suri rumah sepenuh masa.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tip Jadi Pasangan Mualaf. Ini Coretan Bidadari Adam Corrie
Sedekad mendirikan rumah tangga, pelakon Adam Corrie Lee yang berkahwin dengan Fazema Mohd Fuad pada 21 November 2008 baru-baru ini dikejutkan dengan berita kehamilan isterinya yang sudah beberapa tahun menunggu.
Berita gembira yang dikongsi Adam Corrie menggembirakan dan memberi inspirasi kepada ramai pasangan yang masih menunggu cahaya mata. Turut dikongsi Adam Corrie Lee di instagramnya, coretan bidadarinya jadi pasangan Mualaf.
Coretan dari bidadari saya (bkn muallaf) @puan_fazi_fuad yg bertanya tips jadi pasangan muallaf.
- Betulkan niat dlm perkahwinan kita. Kalau niat kita kahwin dgn pasangan kita dulu sbb dia hensem, kaya , sbb nak dpt anak mix . Jadi betulkan niat kita . Sentiasa perbaharui niat perkahwinan kita. “Ya Allah aku berkahwin dgn suami ku ini, kerana Mu Ya Allah. Betulkanlah niat ku Ya Allah.. Jadikanlah perkahwinan kami ini .. Sebagai jambatan kami sekeluarga ke Syurga Mu Ya Allah.. Jadikan perkahwinan kami medan menyebarkan dakwah keindahan Islam pada org Islam dan juga yang belum Islam. “.
- Perbaiki diri kita dengan menuntut ilmu agama. Kalau kita tak pandai solat, kita belajar solat dulu.. Kemudian boleh ajar step by step. Mmg susah tp kena banyak bersabar. Kalau kita tak ada ilmu macamana kita nak menjawab persoalan dari pasangan kita.
- Jadikan diri kita contoh penganut Islam yg terbaik di mata pasangan kita. Kalau kita sendiri tak solat, tak menutup aurat, minum arak, makan babi, main judi , berfoya-foya dgn lelaki lain dan sebagainya. Macamana pasangan muallaf kita nak jadi seorang Muslim yang baik. Kerana dia tak dpt contoh yang terbaik dari pasangannya yang baka Islam.
- Selalu ambil tahu siapa kawan-kawan pasangan kita. Kerana pengaruh kawan sgt kuat. Percayalah cakap saya.. Walaupun pasangan kita dah mula solat, tak minum arak, pergi berjudi seperti sebelum dia Islam. Tp kalau kita tak pantau dengan siapa dia berkawan, dia akan terpengaruh kembali dgn kehidupan lama … Bkn tak boleh berkawan, cuma pantau dengan kasih sayang. Orang boleh tuduh kita seperti queen control, tak sporting dan macam2 tp kalau akidah suami kita terpesong kembali kerana tersalah pilih kawan.. Mereka tak peduli pon. Jadi jagalah suami kita yang masih baru. Akidahnya perlu dimantapkan.
Jadikan kita sahabat trbaik utk dia berkongsi masalah dan berkongsi hobi . .
- Doakan yang terbaik utk pasangan kita.. Doa seorang isteri yang sayang pada suaminya kerana Allah.
Sokongan yang paling kuat untuk pasangan kita adalah DIRI KITA. Kerana itu tugas kita sebagai isteri , umat Islam dan hamba Allah.
A post shared by Adam Corrie (@adamcorrielee) on
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Isteri Kena Ambil Tahu Jenis Darah Suami, Supaya Tidak Tersilap Beri Makan
Setiap pasangan yang bakal berkahwin, anda diminta mengambil tahu jenis darah pasangan anda, barulah anda tahu apa yang sesuai dan tidak sesuai untuk si dia makan dan elak. Kesihatan keduanya perlu dijaga, itu barulah cinta.
DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘A’
Dr. Peter J.D’Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit.
Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut. Menurut beliau lagi, golongan individu yang memiliki jenis darah A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain.
Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap jenis penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan. Selain itu sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti yang terbatas.
Individu dengan jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang telah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas, kekacang dan bijirin dan susu kacang soya.
Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.
Makanan yang harus dihindarkan adalah hidangan laut berwarna putih seperti ikan siakap putih, cumi-cumi, daging lembu, daging salai, susu, keju hasil olahan industri, kacang merah, roti, kuih-muih, kek, kentang, mangga, betik, jeruk, pisang, minyak jagung dan minyak kacang tanah.
CIRI KHAS INDIVIDU JENIS DARAH A
Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging
Dianjurkan menjadi vegetarian atau mengambil makanan berkadar karbohidrat tinggi, namun rendah lemak
Mengurangkan stres dengan bermeditasi, atau berolahraga
Cukup beristirehat
MENU DIET YANG DIANJURKAN:
Sarapan: Air putih dicampur jus limau nipis dan oat
Snek: Jus anggur / kopi
Makan Tengah Hari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba
Snek: Kuih beras dua potong dan teh hijau
Makan Malam: Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba
DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘B’
Berbeza dengan individu darah jenis A, individu darah jenis B lebih fleksibel.
Teori Dr. Peter J.D’Adamo menyarankan golongan jenis darah ini menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.
CIRI KHAS GOLONGAN DARAH B:
Dianjurkan untuk diet dengan berbagai-bagai variasi makanan, namun perlu menghadkan pengambilan daging.
Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.
Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi.
Untuk mengatasi stress, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti.
Pemilik golongan darah B sangat mudah terhadap penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus, mereka disarankan agar mengambil sayuran hijau yang kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak.
Makanan yang dianjurkan adalah daging lembu, kambing kibas, arnab, ikan laut, semua produk susu kecuali ‘blue chesse’ dan aiskrim, telur ayam organik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih, makanan berasaskan beras dan buah-buahan.
Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam, udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan, minyak jagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, kelapa, santan, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera, beras pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung.
MENU DIET YANG DIANJURKAN:
Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak
Snek: Jus anggur
Makan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh herba
Snek: Jus limau/yogurt dan teh herba
Makan Malam: Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba
DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘AB’
Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan darah jenis A dan B.
Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan.
Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk.
Golongan daripada jenis darah ini, harus menghadkan pengambilan daging lembu, udang dan ikan laut, susu dan semua produk susu serta daging yang diproses.
Makanan berasaskan kekacang pula perlu diambil dalam kuantiti sedikit.
Kurangkan pengambilan berasaskan gandum seperti roti, kek, kuih-muih dan pasta.
CIRI KHAS INDIVIDU JENIS DARAH AB:
Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
Disarankan untuk mengambil makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap
Untuk lebih bertenaga olahraga pada setiap pagi digalakkan
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan: Air limau nipis, jus anggur, roti dua potong beserta satu potong keju
Snek: Yogurt
Makan Tengahari: Dada ayam empat hirisan, salad, dua biji buah plum dan teh herba
Snek: Kek keju dan teh herba
Makan Malam: Omelet dan salad buah serta kopi
Diet Untuk Golongan Darah ‘O’
Dr. Peter J.D’Adamo menyarankan agar pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum.
Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini menghadkan pengambilan buah-buahan. Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi. Dr. Peter J.D’Adamo turut menyenaraikan jenis makanan yang perlu dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang.
Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging.
Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.
Ciri khas golongan darah O:
Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
Mudah mengadaptasi berbagai makanan
Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian
Pemakanan sihat hakikatnya adalah mengenai memenuhi keperluan pemakanan harian dan pada masa yang sama, mengelakkan kekurangan atau berlebihan zat yang boleh menyumbang kepada risiko penyakit yang berkaitan dengan pemakanan tanpa mengira jenis darah individu.
Ia meliputi membuat keputusan yang bijak tentang apa jenis makanan yang harus dimakan dan bagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat. Justeru, terpulanglah kepada anda sama ada ingin mengadaptasi saranan Dr. Peter J.D ‘Adamo ataupun tidak.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI