Kecantikan

Tak Perlu ‘Facial’ Mahal, Ini Ada Cara Mudah Nak Dapatkan Wajah Awet Muda

Share

Petua awet muda bukanlah sesuatu yang rahsia. Kita sudah sedia maklum tentang perkara ini, cuma ramai yang kurang mengamalkannya sahaja. Buat anda yang bakal berkahwin, boleh cuba tip mudah ini. Bukan sahaja wanita, lelaki pun boleh guna cara ini juga. Takkan nak tengok pasangan awet muda sorang-sorang kan?

Yang penting jimat duit dan tak perlu berhabis-habisan. Simpan sahaja duit untuk perkara yang lebih penting. Jika ada cara yang murah dan mudah, kenapa perlu membazir, kan?

1. Senaman ringan – Lakukan senaman ringan setiap hari bergantung pada tahap kesihatan untuk anda kekal cergas, selain memastikan fizikal dan mental sihat serta mandiri. Individu yang tidak aktif lebih mudah mendapat penyakit berbanding mereka yang aktif. Ala senaman ringan ini, anda mampu lakukan selepas bangun dari tidur. Curi beberapa minit selepas bangun  tidur untuk lakukan senaman ringan. Bangun-bangun fikir nak kekal awet muda, mesti bersemangat nak buat senaman ringan. Mungkin ini akan jadi tabiat sehingga anda lepas kahwin. Boleh buat brsama pasangan.

 2. Berhati-hati ketika bersenam – Elakkan daripada terjatuh kerana ia boleh menyebabkan kecederaan, retak dan maut. Keretakan akibat terjatuh dibimbangi  boleh menjejaskan bahagian punggung, pelvik, tulang belakang dan lengan. Untuk yang baharu nak mula tu, jangan terlampau ekstrem. Cuba lakukan senaman ringan dahulu. Elakkan daripada mendapat kecederaan sebelum berlangsungnya majlis perkahwinan. Takut-takut ambil masa lama pula nak sembuh. 

3. Pilih makanan – Makan makanan rendah lemak, diet tinggi serat dan pastikan pemakanan seimbang seperti buah, sayur, bijirin dan kekacang. Selain awet muda, dengan mengamalkan pemilihan makanan yang betul, anda boleh menurunkan berat badan dan dalam masa yang sama, menjaga kulit wajah. Tak turun banyak pun tak apa, janji ada perubahan pada majlis perkahwinan nanti. Barulah saudara mara dan kawan-kawan yang lama tak jumpa tu, terkesima lihat perubahan anda.

4. Jumpa doktor – Dapatkan nasihat doktor sebelum melakukan sebarang senaman, diet atau makanan tambahan. Ini penting! Jika anda mempunyai sebarang alahan atau sakit yang memudaratkan, jangan lupa dapatkan nasihat dahulu sebelum melakukan sesuatu. Tak mahulah, lepas kahwin nanti makin teruk sakit. Kesian pasangan kita kena jaga nanti.

5. Gaya hidup sihat – Minum banyak air, berhenti merokok dan elakkan mengambil minuman beralkohol juga mampu untuk menyuburkan rahim. Kalau ada pasangan yang terlampau aktif merokok tu, boleh nasihatkan dia untuk kurang-kurangkan. Ini juga untuk kebaikan bersama.

6. Kekalkan harga diri – Bawa diri anda dengan penuh keyakinan melalui gaya berpakaian yang menarik, gaya rambut, menjaga penampilan wajah dengan melakukan penjagaan dan rawatan muka. Kalau boleh, janganlah bergaya jauh dari usia. Adakalanya tak salah jika kita nak bergaya seperti remaja. Yang bersih dan kemas tu kan dituntut dalam Islam.

Semoga sesiapa yang mengamalkan petua dan tip mudah ini dapat mengekalkan wajah awet muda!

Published by
Bella