Hubungan percintaan tidak terlepas dari perselisihan faham dan pergaduhan. Perkara tersebut sering berlaku dalam hubungan cinta. Mungkin hubungan cinta kerap terputus dan sambung kembali kerana masih ada perasaan sayang dalam hati. Namun, adakah anda sedar bila hubungan anda bersama pasangan sudah stabil?
Pesona Pengantin kongsikan 6 tanda bahawa hubungan anda mulai stabil dan harmoni.
cinta ini memang seperti magis. Bila sedang angau dibuai cinta kadang kala mata pun boleh jadi kelabu. Namun, apabila awan nano cinta ini sudah ditiup ketepi sedikit oleh realiti, anda akan mula nampak perkara yang anda tidak perasan sebelum ini.
Sebelum ini semuanya manis, sekarang ada sedikit pahit. Jangan risau, ini bukan sebab anda benci pasangan anda atau anda sudah tidak sayang akan pasangan. Anda cuma mula mengenali baik buruk pasangan. Just be glad yang anda dan pasangan sudah melalui fasa berikutnya iaitu fasa reality.
Selepas sekian lama menyemai cinta, rasa keterujaan untuk sentiasa berhubung akan sedikit berkurang. Bukan sebab dah rasa bosan atau perkara sebegitu, cuma anda sudah lebih faham tentang aktiviti pasangan anda, dengan siapa dia lepak, bagaimana waktu kerjanya dan sebagainya.
Oleh itu, kurang sedikit benda yang perlu ditanya. Selari dengan itu, rasa kepercayaan terhadap pasangan juga bertambah mengikut masa, jadi tiada rasa keperluan untuk berasa curiga tentang pasangan anda.
Jika dulu apabila cakap pasal masa depan, seperti takut-takut. Silap haribulan boleh membawa gaduh. Berbeza dengan sekarang sudah tidak sebegitu. Anda berdua lebih fokus tentang matlamat masa hadapan bersama. Perkara yang paling menarik ialah, anda berdua bukan setakat merancang, anda berdua turut berusaha gigih ke arah matlamat itu.
Anda berdua tahu apa yang perlu dilakukan apabila pasangan sedih. Apabila pasangan rasa stres, apabila pasangan rasa hendak makan tapi tidak tahu menu untuk dipesan. Apabila pasangan cari barang lepas itu anda boleh agak di mana barang itu dan tekaan anda tepat. Apabila anda boleh habiskan ayat pasangan. Apabila anda dan pasangan mahu gosip berdua tetaapi ramai orang jadi terpaksa bagi isyarat mata sahaja. Pendek kata, anda dan pasangan boleh ‘baca’ satu sama lain.
Pernah tak dulu apabila orang tanya, “Apa yang you suka sangat pasal dia?” lepas itu anda tidak tahu untuk jawab apa sebab anda sendiri sebenarnya tidak pasti sangat kenapa anda suka pasangan anda. Sekejap pasal ini, sekejap pasal lain. Kadang kala sampai anda sendiri keliru.
Tapi sekarang, kalau orang tanya anda boleh senaraikan dengan mudah. ’10 Sebab Anda Sayang Pasangan?’ ’15 Benda Paling Cute‘ Semua itu ada dalam tangan anda. Dulu mungkin anda tidak kenal sangat dengan pasangan anda. Tapi sekarang anda sudah lebih mengenalinya dan anda suka baik buruknya, dan yang paling memarik, baik buruk anda berdua itulah yang menguatkan lagi hubungan anda berdua.
Tidak semua perkara anda dan pasangan perlu punya pendapat yang sama dan anda berdua tiada masalah dengan perkara itu. Anda berdua terima pendapat masing-masing dan tidak bergaduh atau bertengkar selepas berbincang. Anda berdua boleh menerima pendapat masing-masing dan mengganggap perkara itu bukan suatu yang boleh membawa kepada pergaduhan.