Usah memaksa diri buat kerja rumah untuk pamerkan kesempurnaan anda sebagai seorang isteri, ikut tahap kemampuan itu lebih afdhal.
Sebab bila terlalu kejar untuk jadi isteri sempurna, anda akan penat. Untuk faham lebih jauh, jemput fahami pandangan saudara Firdaus Syakirin ini.
Tak Perlu Sempurna Buat Kerja Rumah
Nak jadi isteri yang baik itu boleh, tapi jangan ‘terlalu’ berusaha untuk menjadi yang terbaik. Buat setakat yang mampu, setakat yang boleh kemudian minta suami untuk faham keterbatasan dalam menjadi seorang isteri, seorang ibu dan juga seorang pekerja.
Buat Ikut Kemampuan
Kena beringat, tiga status yang dipegang seorang perempuan setelah mendirikan rumah tangga.
Dia menjadi seorang isteri kepada suami, dia seorang ibu kepada anak-anak dan dia juga seorang pekerja kepada majikan (jika bekerja) dengan kudrat sebagai seorang perempuan, anda rasa, sampai bila anda mampu untuk menggalas ketiga-tiga status itu dengan baik? Dan boleh melakukan semuanya dengan sempurna?
Please know your limit…
Tahu kemampuan dan batas, jangan buat semuanya terlalu sempurna sebab lama-kelamaan awak akan letih dan bila penat, awak akan beremosi dan cepat sensitif.
Awak akan moody dengan suami, cepat marah dengan anak-anak. Awak dah almost fully utilize fizikal, mental awak.
Simpan Buat Esok
Kalau tak sempat buat kerja rumah hari ini, buatlah esok. Jangan paksa diri untuk buat juga bagi setel ari ini.
Bezakan kerja rumah apa yag perlu dibuat dahulu, kerja rumah mana yang boleh dibuat di hujung minggu dan sebagainya.
Jangan anggap semua kerja rumah itu perlu dibuat dalam hari yang sama, perlu disiapkan dalam hari yang sama. Jangan seksa diri sendiri untuk semua ini. Jangan paksa diri semata-mata untuk semuanya kelihatan baik dan sempurna.
Ingat, anda bukan robot!
Anda perlukan rehat yang mencukupi untuk terus berbakti dan anda juga perlu untuk terus sihat dalam menjadi seorang isteri dan seorang ibu.
Sayangilah diri anda sebelum menyayangi diri orang lain.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI