.
Ada 8 Cara Pikat Kembali Bekas Kekasih. Semoga berjaya!
1. Jangan Hubungi Dia
Buat sementara waktu elakkan daripada menghubungi si dia. Bagi anda yang masih memendam perasaan memang agak sukar. Mungkin pada saat anda tidak memberikan perhatian kepada si dia, dia akan terkenangkan saat-saat indah bersama anda.
Beri ruang kepada si dia untuk merindui anda. Manakala, bagi anda pula cuba sibukkan diri dengan kerja atau aktiviti supaya jiwa raga anda tidak merana. HEHE. Sekiranya si dia mula menghubungi, pastikan si dia merasakan perubahan baru anda, buang sifat yang tidak disukainya.
2. Berdikari dan Elak Mengekori Dia
Kalau iya pun anda masih memendam perasaan kepada si dia dan mencuba untuk tawan hati dia kembali janganlah sampai 24 jam asyik mengekori je ke mana dia berada. Nak stalk ja dia buat apa, dengan siapa, ke mana? Ada ekstrem sangat sampaikan “stalk” terus je bekas kekasih dia. Baca entry aku yang lepas tentang Bahaya Stalking Kalau anda asyik mengekori dia, kebarangkalian hatinya mahu berpaling kepada anda akan pudar.
Sometimes, si dia juga perlu masa untuk bersendirian. Tunjukkan diri anda yang baru, lebih berdikari dan mampu hidup tanpa bergantung sesiapa. Entah-entah sikap anda yang menyumbang pada perpisahan.
3. Keluar Bersuka Ria
Then post di mana-mana laman sosial untuk menunjukkan anda dah bahagia tanpa si dia. Kadang-kadang zaman teknologi ini membantu. Manalah tahu tiba-tiba terdetik hati si dia nak bertanyakan khabar.
.
4. Hubungi Secara Kasual
Sebenarnya tips ini sangat membantu untuk menambat hati bekas kekasih. Haha. Sebab aku pernah buat. Sebenarnya bukan sengaja pun nak call atau mesej dia. Tapi tak sangka pula si dia juga masih ada hati dengan aku.
Telefon secara bersahaja atau mesej tanyakan dia jikalau ada barang si dia yang masih kamu simpan sama ada dia perlukan barang-barang itu atau tidak? Namun, jangan kamu telefon tanpa alasan atau sebab kerana ia hanya memperbodohkan diri sahaja. Biar kukuh!
Jangan sekali-kali bangkitkan rasa rindu, bertanyakan hal peribadi dan bangkitkan hal masa lalu. Cukup dengan nada bersahaja.
5. Kembali Jadi Insan Dicintai
Dia jatuh hati dengan kamu kerana apa? Fikir dalam-dalam saat kali pertama cinta berpaut. Kembali jadi diri individu tersebut. Kembalikan ingatan dia pada saat kali pertama dia memandang kamu dan berbunga cinta. Seandainya berpeluang bertembung, pastikan kamu memakai pakaian disukainya.
6. Fikir Betul-Betul Keputusan Anda
Sebelum membuat keputusan untuk menambat hati si dia kembali, kena fikir betul-betul adakah berbaloi sekiranya anda meneruskan hubungan dengan dia? Sekiranya dia seorang yang kaki pukul, kaki mabuk, dan segala jenis kaki maka lebih baik anda menjauhkan diri terus daripada dia. Lupakan!
Tetapi sekiranya hubungan yang terputus disebabkan oleh kesilapan yang anda lakukan ataupun si dia memang seorang yang baik dan bertanggungjawab, teruskan membaca tips yang seterusnya.. hehe
.
7. Siasat Apakah Dia Masih Ambil Berat?
Sebelum anda benar-benar mahu kembali kepada si dia, cuba siasat dahulu adakah si dia sudah punya pengganti atau belum?
Sekiranya dia sudah ada yang lain, lebih baik anda lupakan sahaja dan biarkan dia hidup bahagia bersama orang lain. Tetapi kalau dia masih ada sekelumit rasa ambil berat, peluang untuk kembali bersama si dia akan cerah.
8. Berbincang
Sekiranya si dia mula bertanyakan semula kisah lalu. Maka ambil peluang untuk berbincang secara baik. Kalau ada kesilapan anda lakukan yang menyebabkan perpisahan, mohon maaf dengan segera.
Seandainya dia kembali bertanyakan cinta anda, mulakan dengan perlahan. Biar dia kagum dengan diri baru anda. Jangan gelojoh