Berkahwin..bunyinya indah dan seronok. Dari zaman bercinta hingga nak kahwin tu memang indah. Tapi zaman berkahwin itu tak seindah yang diimpikan. Jika tiada ilmu, tiada iman, tidak ikut syariat. Itu yang kadang-kadang boleh jadi kes gurauan talak tiga.  Rumahtangga boleh bergoyang walaupun 10 tahun bercinta. Lelaki ini kongsi, perkahwinan ni ada fasanya, apa pon jangan cepat melatah.

Perkahwinan ni ada fasanya…

Fasa pertama, masa beberapa tahun kita mendirikan rumahtangga…masa ni, kita bru nk kenal siapa sebenarnya pasangan kita tu…apa yg dia suka, apa yg dia xsuka…cara dia, tabiat dia…masa ni jgak, kewangan kita “cukup2 makan”…

Tak ramai lelaki yg mampu sediakan serba serbi masa mula2 kawin…

Klu kena menyewa dlu, maka sewa la dlu…klu kena naik motor dlu, maka naik la moto dlu…isteri kena faham, suami yg dikahwini tu bukan dtg dr anak org kaya…anak org biasa2 yg keje biasa2 ja, yg tgh merangkak2 utk bina kehidupan dia…

Dan suami plak, walaupun tgh x stabil, walaupun tgh merangkak2, kena cuba jgak utk tunaikan apa yg sepatutnya seorang suami tunaikan…jgn lari dr tanggungjawab yg utama tu…fahamkan isteri ttg kemampuan kita, setakat mana yg kita boleh bagi dan sediakan utk dia…

Klu masing2 bleh lepas fasa ni, kenal perangai masing-masing dgn baik, bleh sesuaikan diri dan kehidupan dgn kemampuan yg ada tu, insyaAllah rumahtangga tu bleh p jauh selagi masing2 masih ada utk satu sama lain disaat mereka memerlukan, masing2 masih tak berubah hati, nawaitu masih sama dan masih sedar dgn diri sendiri…

Ada yang tak lepas fasa ni sbb xbleh susah sama-sama, ada suami yg x sediakan apa yg sepatutnya disediakan, ada yg masih terbawa2 cara hidup bujang dia dlm rumahtangga, ada yg asyik bergaduh disebabkan masalah kewangan dan perangai pasangan…jgn kata xde, ada…sbb byk yg bercerai setahun dua selepas mendirikan rumahtangga…

Apa2 pun, dlm kehidupan rumahtangga ni xbleh cepat melatah…apa yg kita dgr, kena nilaikan dlu baik2…apa yg disampaikan kpd kita, x semestinya semuanya btol…elakkan bergaduh akan hal yg remeh temeh, dan bila pasangan tegur, nasihat, cuba utk dgr dan terima…

Then berubah ke arah yg lebih baik lagi utk hubungan kita tu…