Kata orang, makanan dan masakan isteri merupakan pengikat dan penambat kasih sayang suami isteri dalam sesebuah rumah tangga.

Pada zaman ini disebabkan isteri agak sibuk bekerja, ramai yang lebih suka makan di luar atau membeli lauk-pauk berbanding memasak di rumah kerana ia dikatakan lebih mudah dan mengotorkan dapur.

Lagipun terdapat banyak kebaikan dan hikmah apabila suami isteri makan dan memasak di rumah. Buat isteri yang tak reti memasak jangan jadikan alasan untuk tidak ke dapur, boleh cuba tip mudah ini.

1. Bagi isteri yang bekerja, jika anda tidak mempunyai masa untuk memasak pada hari bekerja, cuba memasak pada hari cuti umum dan hujung minggu. Mulakan dengan memasak lauk yang sangat mudah dan tidak memakan masa yang lama.

2. Sebelum memasak, sediakan bahan-bahannya untuk memudahkan anda memulakan aktiviti memasak. Biasanya jika bahan-bahan yang hendak dimasak disediakan terlebih dahulu, ia boleh memudahkan aktiviti memasak bagi anda yang jarang memasak di rumah.

Ads

3. Jika isteri berkerjaya tetapi memang pandai memasak, mungkin mereka tidak akan menghadapi masalah memulakan aktiviti memasak di dapur.

4. Namun ada juga isteri yang tidak pernah masuk ke dapur sewaktu zaman anak dara dan apabila sudah berkahwin, mereka berasa takut untuk mula memasak kerana risau masakannya tidak menjadi ataupun tidak sedap. Jangan bimbang, berkahwin merupakan satu pengalaman hidup yang mematangkan anda. Biasanya daripada seorang yang tidak tahu memasak, mereka menjadi seorang yang mahir dalam memasak disebabkan ‘terpaksa’ dan kerana sayangkan pasangan.

5. Dapatkan resipi mudah untuk memasak. Mungkin anda boleh cuba memasak ayam kicap, goreng sayur dan goreng telur. Memasak perlu dibuat selalu. Ia satu skil yang perlu dipelajari oleh mereka yang baharu berkahwin untuk memahirkan diri memasak untuk suami dan anak-anak suatu hari nanti.

Ads

6. Jika memasak pada hari cuti, ajak suami ke pasar dan kalian sama-sama menyediakan bahan masakan. Aktiviti yang dilakukan bersama ini dapat mengeratkan kasih sayang suami isteri serta meringankan tanggungjawab isteri untuk memasak seorang diri.

7. Tanya suami apa makanan kesukaannya dan anda haruslah belajar memasak lauk kegemaran suami daripada ibunya atau adik-beradik suami. Dengan cara ini, suami dapat merasakan keprihatinan isteri yang mahu mengambil tahu masakan atau lauk kegemarannya.

Ads

8. Berada di dapur dengan suami bukan sahaja boleh menambahkan kemesraan mereka yang baharu berkahwin, tetapi juga dapat melihat sikap dan peribadi suami dalam proses mengenal hati budinya. Ada kalanya kehadiran suami di dapur menguatkan lagi semangat isteri untuk memasak.

9. Jangan bimbang jika waktu masak, banyak resipi dan lauk yang dimasak tidak menjadi dan rasa lain daripada masakan yang pernah dimakan di rumah ibu atau mertua. Ini satu usaha yang baik untuk anda terus memupuk sikap rajin dan sentiasa mementingkan kebersihan dalam menyediakan makanan yang bakal menjadi darah daging kita.

10. Jangan putus asa jika masakan yang dicuba berkali-kali tidak menjadi. Bertanyalah kepada pakar seperti ibu, adik-beradik atau rakan-rakan mengenai masakan anda. Pepatah Inggeris ada mengatakan, practice makes perfect.

Oleh itu, anda mesti selalu berlatih memasak dan menyediakan makanan di rumah kerana apabila kita kerap memasak, ia akan menjadi rutin dan boleh dilakukan bukan sahaja di waktu cuti tetapi pada hari-hari biasa.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI