Setiap wanita pastinya mendambakan kulit yang cerah, putih, mulus dan halus. Tak perlu nak belanjakan duit dengan membeli produk luar, banyak sebenarnya bahan semula jadi yang berkesan untuk mencerahkan kulit.

Selain menjimatkan, pastinya bahan-bahan semula jadi ini juga mudah untuk diperoleh. Dengan memiliki kulit yang cerah, putih, halus dan mulus, seorang wanita itu digambarkan sebagai wanita yang pandai merawat diri dan menjaga kecantikan kulit.

Kulit pada tubuh tentunya memiliki tekstur yang berbeza-beza. Pada bahagian wajah, kulitnya pasti lebih sensitif jika nak dibandingkan dengan kulit di bahagian tubuh yang lain. Oleh kerana itu, cara penjagaannya juga berbeza.

Jika anda ingin mendapatkan kulit yang cerah dan gebu, anda boleh amalkan petua-petua mudah dan menjimatkan ini. Jika dilakukan secara konsisten, pasti hasilnya memuaskan.

Sengkuang

Tak Sangka Bahan Semula Jadi Ini Boleh Cerahkan Kulit! Jimat & Mudah

Untuk menghaluskan dan mencerahkan tubuh, anda boleh menggunakan sengkuang. Ambil sengkuang berukuran sederhana dan kisar halus. Oleskan bahan yang dikisar tadi sebagai lulur sebelum anda mandi ke seluruh tubuh secara rata lalu biarkan sekitar selama 15 minit. Setelah itu, mandi seperti biasa untuk membersihkan tubuh anda daripada lulur sengkuang. Selain efektif memutihkan kulit badan, sengkuang juga dapat menghaluskan kulit jika anda melakukannya secara rutin. Menurut sebahagian orang, sengkuang juga dapat menyejukkan kulit khususnya jika kulit anda terbakar akibat sinaran matahari.

Limau Nipis

Tak Sangka Bahan Semula Jadi Ini Boleh Cerahkan Kulit! Jimat & Mudah

Limau nipis, buah yang kaya dengan vitamin C ini juga membantu untuk mencerahkan kulit tubuh. Belah limau nipis menjadi dua, lalu gunakan sisi potongan limau nipis untuk dioleskan terus ke tubuh. Lakukan cara ini setiap kali anda mandi. Jika anda miliki jenis kulit \yang sensitif, elak melakukan petua ini. Alasannya kerana kandungan vitamin C pada limau nipis dapat menimbulkan kegatalan bagi sebahagian orang yang berkulit sensitif.

Ads

Tomato

Tak Sangka Bahan Semula Jadi Ini Boleh Cerahkan Kulit! Jimat & Mudah

Buah tomata juga kaya dengan khasiat untuk mencerahkan kulit. Caranya ialah dengan menghancurkan buah tomato sama ada anda mengisarnya, ditumbuk atau diparut. Setelah tomato menjadi halus, campurkan dengan air perahan buah lemon secukupnya lalu kacau rata. Oleskan lulur tomato ini secara rata pada seluruh tubuh. Biarkan lebih kurang 15 minit. Kemudian, bersihkan tubuh anda seperti anda mandi menggunakan air sejuk.

Telur

Tak Sangka Bahan Semula Jadi Ini Boleh Cerahkan Kulit! Jimat & Mudah

Krim pencerah kulit daripada bahan semula jadi juga boleh dibuat menggunakan putih telur. Caranya pun cukup mudah. Sediakan telur ayam kampung atau telur itik. Ambil putihnya sahaja, lalu campurkan dengan air perahan limau nipis secukupnya. Tanpa menambahkan air, panaskan adunan di dalam periuk tadi. Pindahkan adunan krim pencerah daripada bahan putih telur dan limau nipis ini pada tempat yang lain. Sekarang anda sudah boleh menggunakan krim pencerah kulit ini sebagai lulur setiap kali anda mandi. Oleskan pada seluruh tubuh dan biarkan selama 15 minit, sebelum membilasnya.

Kunyit

Tak Sangka Bahan Semula Jadi Ini Boleh Cerahkan Kulit! Jimat & Mudah

Ads

Menurut ahli kecantikan, dalam bahan semula jadi kunyit mengandungi zat curcumin yang bermanfaat untuk menjaga kesihatan kulit. Pasti anda pernah tertanya-tanya, dengan warna kunyit yang kekuningan dapatkah kunyit boleh mencerahkan kulit? Tentu sekali boleh kerana pigmen kuning daripada kunyit berperanan untuk mencerahkan kulit tubuh anda.

Yogurt

Tak Sangka Bahan Semula Jadi Ini Boleh Cerahkan Kulit! Jimat & Mudah

Yogurt dapat dipakai sebagai masker atau lulur jika anda ingin mencerahkan kulit wajah. Agar hasilnya lebih memuaskan, tambahkan sedikit madu sebagai bahan campuran. Selain dapat mencerahkan kulit, yogurt juga dikatakan mampu mengembalikan kelembapan semula jadi pada kulit anda. Gunakan ramuan yogurt ini secara rutin. Oles pada kulit tubuh, lalu biarkan sekitar 10 minit. Kemudian, bilas kulit anda hingga benar-benar bersih.

Avokado

Tak Sangka Bahan Semula Jadi Ini Boleh Cerahkan Kulit! Jimat & Mudah

Ads

Buah yang enak untuk dibuat jus minuman ini juga dapat dimanfaatkan untuk mencerahkan kulit. Sediakan dua atau tiga buah. Pilih buah yang sudah matang dan masih segar. Kemudian haluskan buah avokado sama ada ditumbuk atau dikisar. Setiap kali anda mandi, lulurkan buah avokado ini secara rutin. Oleskan lulur avokado ini secara rata pada tubuh. Kemudian biarkan seketika selama 15 minit. Jika dilakukan dengan rutin, kulit anda boleh menjadi lebih putih.

Betik

Tak Sangka Bahan Semula Jadi Ini Boleh Cerahkan Kulit! Jimat & Mudah

Ternyata banyak sekali buah-buahan yang dapat membantu mencerahkan kulit dan salah satunya ialah betik. Sediakan betik yang sudah matang. Betik dikisar ataupun diparut. Setelah lembut, campurkan air perahan limau nipis secukupnya. Campur sekata hingga bahan ini terbentuk seperti krim. Letak pada keseluruhan tubuh dan biarkan adunan lulur itu melekat pada tubuh selama 10-15 minit. Kemudian bilas hingga bersih.

Skrub Gula

Tak Sangka Bahan Semula Jadi Ini Boleh Cerahkan Kulit! Jimat & Mudah

Tahukah anda bahawa ada cara untuk mencerahkan tubuh menggunakan gula? Masih tidak percaya? Sebahagian orang telah membuktikan bahawa gula yang dibuat skrub dapat digunakan untuk mencerahkan kulit. Caranya, larutkan gula dengan air hingga membentuk skrub. Gunakan skrub gula ini untuk mencerahkan badan, misalnya untuk dioleskan pada permukaan kulit di sekitar siku atau lutut. Seperti biasa, biarkan sejenak sebelum dibersihkan.

Timun

Tak Sangka Bahan Semula Jadi Ini Boleh Cerahkan Kulit! Jimat & Mudah

Sebahagian besar orang mengenali timun sebagai bahan semula jadi untuk mengubati jerawat dan menghilangkan lebam di bawah mata. Namun tahukah anda bahawa timun juga boleh dijadikan bahan untuk mencerahkan kulit? Cara mencerahkan tubuh dengan timun juga mudah. Sediakan timun secukupnya, lalu haluskan dengan cara diparut. Setelah itu gunakan hasil parutan timun tadi ke seluruh tubuh. Biarkan lebih kurang 30 minit hingga lulur timun kering di kulit agar zat yang terkandung dalam timun boleh diserap. Kemudian bilas tubuh anda hingga bersih.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI