Berjalan bergandingan menuju ke pelamin indah di dewan hotel lima bintang yang dihias cantik lagi meriah ditemani keluarga dan sahabat handai adalah impian bakal raja sehari sebaik memutus untuk mengikat janji hidup bersama.
Memang asyik, tapi ramai yang menyimpannya sebagai anganan semata-mata bila memikirkan tentang bajet.
Hakikatnya majlis perkahwinan yang indah di hotel lima bintang bukan hanya milik selebriti atau VIP sahaja. Impian semua bakal raja sehari ini boleh direalisasikan di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur pada harga yang mampu milik.
Dengan harga serendah RM75 seorang melalui pakej Kenduri Style, pasangan pengantin boleh meraih majlis penyatuan yang didambakan di hotel ini yang memang cukup dikenali sebagai lokasi majlis perkahwinan terbaik di ibu kota.
PAKEJ LUAR BIASA DI SRI PACIFIC SEMPENA WEDDING OPEN DAY
Ads
Lebih menarik pakej Kenduri Style minimum 500 pax ini turut merangkumi dua pilihan menu, dekorasi pelamin, hiasan meja santapan pengantin, 5 tingkat mock up kek untuk sesi memotong kek, food tasting untuk 10 orang, bunga manggar serta sambutan paluan kompang selain dari 3 parking VIP dan juga flat rate untuk semua tetamu. Lengkap untuk sebuah perkahwinan yang meriah!
Pakej ini sebenarnya adalah antara yang turut ditawarkan dalam Seri Pacific Wedding Open Day yang akan berlangsung pada 23-24 Februari nanti.
Ads
Sempena acara itu juga istimewa buat bakal pengantin, Hotel Seri Pacific turut menawarkan rebat RM2000 dan penginapan satu malam bernilai RM1,500 di Bridal Suite untuk 100 mempelai terawal yang mendaftar.
Ads
PERTANDINGAN UNTUK ANDA YANG BERBAKAT DALAM HIASAN KEK, SIRIH JUNJUNG DAN SOLEKAN
Turut diadakan dalam acara Seri Pacific Wedding Open Day yang berlangsung selama dua hari itu adalah pertandingan menghias kek, sirih junjung dan juga pertandingan mekap pengantin serta pameran booth.
Orang ramai terutama bakal raja sehari dijemput untuk menghadiri acara ini yang turut akan mempamerkan dekorasi perkahwinan untuk kaum Melayu, Cina dan India.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sentuhan magis dekorasi majlis hari bahagia pastinya tambah memukau dengan elemen ruang berkonsepkan English Rustic Modern. Paduan rona putih dan pastel menggamit jiwa yang tenang saat pasangan mempelai bersanding di singgahsana cinta. Pastinya membuatkan mata tetamu tak jemu memandang.
Gandingan rona putih dan pastel menegaskan lagi dekorasi serta tema yang ingin dipersembahkan, lantas membuatkan majlis yang diraikan tampak eksklusif dan elegan.
Hiasan bunga ros putih dan hydragea pada pasu tinggi yang ditutupi dengan kain renda menambahkan seri pada dekorasi keseluruhan ruang.
Susun atur lilin hiasan bersama taburan kelopak bunga mawar merah mencipta suasana romantis seolah-olah turut menyelami penyatuan cinta sang mempelai.
Latar belakang pelamin yang dihiasi dengan tampalan bunga rona gangsa dan keemasan menonjolkan elemen moden pada dekorasi majlis perkahwinan.
FOTO : PAKDINZ PHOTOGRAPHY DEKORASI : ADI NAZIM INSPIRASI DEKORASI TERIMA KASIH PENGANTIN : ELYSHA & IZZUDIN
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Lakaran ruang bergambar tetamu yang bertandang ke majlis meraikan cinta pastinya menjadi sudut idaman. Serikan ruangan bergambar dengan sentuhan memukau agar setiap detik yang terakam mampu meninggalkan kenangan abadi buat pasangan yang diraikan.
IDEA:
Tentukan tema dan konsep terlebih dahulu sebelum anda merancang untuk membuat ruang rakaman gambar.
Pastikan lokasi untuk peletakan ruang ini strategik bagi memberikan keselesaan kepada tetamu untuk merakamkan momen mereka.
Penggunaan props seperti bubble talk mampu mencipta momen rakaman menjadi lebih unik dan kreatif.
Catatan nota pada buku kehadiran tetamu bersama gambar polaroid memberi momen terindah buat pasangan yang diraikan.
Penggunaan rona keemasan mampu menyuntik elemen glamor dan elegan dalam ruangan bergambar.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!