PERTEMUAN CINTA ALI & ANISHA
Benarlah kata orang, kalau sudah jodoh tidak ke mana.Pertemuan yang terjalin melalui kenalan ini akhirnya sampai ke fasa yang diimipikan oleh setiap pasangan bercinta. Sama cantik sama padan, akhirnya sepakat menyatukan simpulan cinta dab kasih mereka ke sebuah gerbang perkahwinan bahagia.
Detik perkenalan
Kami diperkenalkan oleh bos saya yang juga merupakan pengurus pasukan sepak takraw suami. Bos mengusik saya untuk memberikan ucapan hari jadi kepada suami. tak sangka itulah rupanya titik pertemuan dan seterusnya percintaan kami bermula. Alhamdulillah setelah mengetahui hubungan serius kami, rakan-rakan gembira dan mendoakan kebahagiaan kami.
Keistimewaan Pasangan
Bagi saya Ali seorang lelaki yang mempunyai pegangan agama, walaupun dia bukan seorang ustaz tetapi dia boleh membimbing saya dan saling ingat-mengingati tentang bab agama. Selain itu, dia pandai mengambil hati keluarga, tidak terlalu peramah dan tidak terlalu pendiam. Ali juga seorang yang berdikari dan bijak dalam menguruskan hal-hal berkaitan. Anisha pula seorang yang manja dan happy go lucky
. Dia sentiasa positif dan bersederhana dalam segala hal. Paling istimewa, Anisha seorang yang sangat penyayang.Detik Lamaran
Suatu hari, ali membawa saya berbuka puasa dan dalam masa yang sama menyambut hari lahir saya di salah sebuah restoran rooftop di ibu kota. Suasana ketika itu cukup indah, suami hadiahkan saya sejambak bunga dan coklat kegemaran saya.Dia meluahkan hasrat untuk menamatkan zaman bujang dan ingin menjadikan saya sebagai isteri. Saya terkejut dan tidak sangka dilamar oleh Ali secepat itu tetapi saya menerima lamarannya hati terbuka dan menyerahkan segalanya kepada Allah kerana sebaik-baik perancangan adalah dari DIA. Kami sama-sama membuat solat istikharah meminta agar diberi petunjuk dan jalan semoga dipermudahkan urusan.
Destinasi bulan madu
Tidak seperti orang lain, kami memilih bercuti di atas kapal persiaran (cruise). Segala percutian bulan madu dirancang sendiri oleh suami kerana berbulan madu di atas kapal persiaran adalah impian suami. Bagi saya ini pengalaman yang sangat manis untuk dikenang sepanjang hayat.