Mulai esok, umat Islam sudah mula menunaikan ibadah puasa. Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam ketiga yang wajib dilaksanakan kecuali atas sebab-sebab tertentu.
Bagi para isteri pula, malam ini sudah mula memikirkan menu apa yang mahu dimasak untuk dimakan ketika sahur nanti. Ada yang memilih untuk makan makanan yang berat dan ada juga yang lebih suka makan makanan yang ringan dan tidak terlalu berat.
Jika anda tidak suka makan makanan yang berat ketika sahur, apa kata cuba buat cheesy garlic bread ini. Resipi yang dikongsi oleh @Ashril_92 menerusi akaun Twitternya nampak mudah dan tidaklah begitu rumit.
Mesti perkara ni selalu terjadi pada anda, bila masuk kedai je mesti ada je rasa nak beli. Lagi-lagi tu kedai kegemaran kita, lepastu ada ‘sale’ pula. Boleh jadi tak tentu arah lihat perkataan itu.
Tapi, bukan sebab ‘sale’ je orang jaditak tentu arah. Kalau tengok bekas cantik-cantik pun dah rambang mata untuk sesetengah orang. Siapa sangka, kedai barang-barang serbaneka ni juga banyak benda boleh ‘shopping’ sekali gus boleh buat projek Diy! Nak tahu apa? Tengok ni!
Bahan-bahan :
Batang penyapu
Bakul bertutup
Cable tight
Senang sahaja nak lakukan, apa yang anda perlu buat adalah susun dan mengikat bekas-bekas tersebut seperti dalam gambar. Selamat mencuba!
kredit: Dek Na
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penggunaan bakul penganti bekas kotak atau sebagainya memberi kelainan dalam menghias gubahan hantaran. Tak perlu gubahan bunga yang sarat. Cukup sekadar minimalis dan warna yang kontra mampu cipta aura tersendiri.
Bahan-bahan:
• Bunga ros berwarna peach
• Reben merah
• Kotak hantaran
• Gunting
• Gam UHU
• Kerongsang
Langkah-Langkah:
1. Ambil kotak hitam untuk melapik dulang hantaran.
2. Kemudian ambil dulang hantaran berwarna coklat diletakkan atas kotak hitam.
3. Seterusnya cucuk bunga mawar di tepi dulang sehingga membentuk sejambak bunga.
4. Tampal reben di tepi dulang hantaran sebagai tambahan hiasan.
5. Akhir sekali masukkan barang-barang hantaran ke dalam dulang.
6. Letakkan kerongsang sebagai penyeri untuk gaya eksklusif.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tarikh untuk majlis pertunangan tinggal beberapa hari sahaja lagi. Namun hantaran masih belum digubah.
Usah panik! Tarik nafas dalam-dalam. Sebenarnya hanya dengan sedikit bahan-bahan ringkas serta kreativiti, anda mampu menghasilkan hantaran dengan hasil air tangan sendiri.
Tidak perlu menggunakan bunga segar. Olahan bunga artifisial mampu mencipta gaya hiasan yang tersendiri. Yang penting anda bukan sahaja dapat menghasilkan hantaran yang cantik tetapi juga ‘super jimat.’
Bagi mereka yang ingin membuat sendiri hantaran boleh cuba idea ringkas seperti di bawah.
BAHAN-BAHAN:
Tin bekas makanan
Plastik pembalut
Dawai
Bunga artifisial
Gunting
Lidi
Reben
Pita Pelekat
4 Span (balut sekelilingnya dengan pita pelekat)
Tali Jut
Langkah Demi Langkah:
Ikat dua tin dengan tali Jut dengan kemas. Pastikan ikatan ketat bagi memastikan kedudukan tin tidak berganjak.
2. Letakkan tin di atas pelapik dulang kaca. Susun span di empat penjuru hantaran dan ikat dengan kemas menggunakan dawai.
3. Kemaskan kedudukan span dengan lidi buluh. Ia bagi mengelakkan span bergerak-gerak.
4. Cucuk bunga di atas span dengan kemas. Mulakan dengan bunga rona krim.
5. Seterusnya susun bunga dengan rona terang berselang dengan bunga rona krim tadi. Letakkan di atas dulang hantaran. Nah! hasilnya menjentik pandangan meskipun ringkas.
Selamat mencuba!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!