Sebenarnya, solat sunat Istikharah ini bukanlah hanya tertentu dalam bab memilih jodoh semata-mata. Di dalam hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, ia disebut secara umum – iaitu mana-mana orang yang diberatkan akan beberapa pilihan, maka hendaklah dia solat dua rakaat iaitu solat sunat Istikharah.
Cara solat sunat Istikharah
1. Lafaz niatnya:
Aku solat sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah Taala.
2. Antara surah yang dianjurkan ulama ialah:
Rakaat pertama, bacalah Al-Kafirun (1 kali)
Ads
Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (1 kali)
Atau;
Rakaat pertama, bacalah ayat Al-Kursi (7 kali)
Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (11 kali)
3. Dalam sujud akhir, baca tasbih berikut sebanyak 40 kali:
Ads
Maha Suci Dikau yang tiada ilmu bagi kami kecuali apa yang Dikau ajarkan (tunjukkan) kepada kami. Sesungguhnya Dikau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana!
4. Sebelum bangkit dari sujud, mohonlah kepada Allah SWT agar dipertunjukkan jalan yang betul dalam membuat keputusan dan pilihan.
5. Selesai memberi salam, bacalah selawat untuk dihadiahkan kepada Rasulullah SAW, para sahabat Baginda, para wali Allah dan seluruh umat Islam.
Ads
6. Kemudian baca doa solat sunat Istikharah:
7. Ulangilah doa tersebut sebanyak 3 kali. Ketika berdoa, sebaik-baiknya sebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah SWT. Misalnya: “Ya Allah! Jika Dikau mengetahui urusan ini ..….. (sebutkan perkaranya).”
8. Serahkanlah sepenuh keyakinan kepada Allah SWT, sambil bermohon kepada-Nya agar diberikan petunjuk, sama ada didatangkan melalui mimpi, gerak hati atau dengan dipermudahkan urusan yang mana baik. Tidurlah dalam keadaan berwuduk dan berpakaian bersih.
9. Lakukan solat Istikharah 3 atau 7 hari berturut-turut, mengikut kepentingannya. In sha-Allah akan diberi kecenderungan atau digerakkan hati untuk membuat sesuatu keputusan atau pilihan yang betul.
https://www.youtube.com/watch?v=Spr7mTGR51A
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap wanita tentu suka apabila dapat bertemu dengan lelaki yang rela melakukan apa saja demi mendapatkan cintanya. Kebanyakan wanita pastinya berharap agar dia boleh menjadi wanita yang paling istimewa di hati lelaki.
Menunggu perkara itu terjadi mungkin sukar apabila anda tidak berubah dari sekarang. Apabila anda ingin menjadi wanita yang digilai oleh lelaki, maka ada beberapa tip yang boleh anda lakukan agar lelaki menyukai diri anda. Ini antaranya:
1. JADILAH WANITA YANG TERBAIK
Tidak ada yang lebih membuatkan seseorang jatuh hati daripada kebaikan dan ketulusan hati. Sifat menyayangi dan gemar menolong akan memancarkan aura kecantikan yang sejati. Kecantikan fizikal kian pudar seiring dengan pertambahan usia, namun kebaikan hati akan terus membuatkan wanita nampak mempesona. Berusahalah menampilkan yang terbaik. Selalu menjaga kebersihan dalam hal-hal seperti rambut dan baju anda. Jangan lupa gunakan wangian sebaik anda selesai mandi. Jika anda memakai solekan, jangan keterlaluan.
2. JADILAH WANITA YANG MISTERI Ibarat buku, jangan membuka lembaran anda sepenuhnya. Pastikan anda membuka diri anda perlahan-lahan. Lelaki senang dengan kesan misteri yang diciptakan wanita. Ia merasa tertarik untuk mengenali anda secara mendalam. Jangan beritahu dahulu semua tentang anda. Jika dia bertanya tentang kehidupan anda atau hal-hal yang lebih peribadi, jangan beritahunya dahulu. Lebih baik, anda tersenyum kepada dia dan katakan, “Mungkin lain waktu.” Biarkan dia berusaha mencari nombor anda. Jangan berikan langsung, baik nombor anda atau akaun Facebook anda. Jika dia meminta menjadi teman dengan anda, jangan langsung menerimanya. Tunggu beberapa hari. Atau jika dia mengirim pesan (SMS, Chat), tunggu 30-40 minit untuk membalasnya. Tujuannya, sambil dia menunggu balasan daripada anda, dia akan memikirkan tentang anda dan mencari tentang anda.
3. PAKAI PAKAIAN YANG SESUAI DENGAN KEPERIBADIAN
Apabila wanita memakai pakaian yang tepat, dia akan lebih mempercayai diri. Meskipun anda tidak terlalu cantik, pemilihan pakaian yang tepat membuatkan anda kelihatan lebih menarik. Aura kecantikan anda akan terpancar kerana adanya sikap percaya diri dengan penampilan.
4. JADILAH WANITA YANG BERANI
Wanita yang berani berjuang demi hak-haknya menjadikan anda seorang yang mudah tertarik di mata lelaki. Jadilah seorang yang percaya pada diri, berdikari dan kekal anggun. Pakej lengkap ini dijamin membuatkan lelaki tertarik pada anda.
5. JANGAN LOKEK LEMPARKAN SENYUMAN
Senjata ampuh anda tidak perlu mahal tetapi memadai dengan sebuah senyuman yang tentunya membuatkan sesiapa jua akan menyenangi anda. Senyuman anda boleh membuatkan sesiapa sahaja tertarik dengan anda. Senyuman yang bukan senyuman palsu, tetapi senyuman yang memang menunjukkan bahawa anda seorang yang selalu ceria dan anggun. Senyuman akan membuatkan anda lebih terlihat berbanding wanita-wanita yang lain. Jika anda mendapat eye contact dengan sesiapa sahaja termasuk lelaki yang anda sukai, berikan dia senyuman. Jika lelaki tersebut memalingkan muka, tetap tersenyum dan jangan anda yang memalingkan muka.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menjadi seorang suri rumah bukanlah satu tugas yang mudah kerana ia memerlukan persediaan dari segi mental dan fizikal. Tidak semua wanita mampu untuk menjadi seorang suri rumah sepenuh masa.
Disebabkan itu, jangan sesekali memperlekehkan tugas wanita yang bekerja sebagai suri rumah. Tugas mereka sebenarnya amat mencabar dan memerlukan kesabaran yang cukup tinggi.
Mereka sebenarnya adalah wanita yang hebat. Apakah kehebatan seorang suri rumah? Ini jawapan dari sudut pandangan Dr. Taufiq Razif yang dikongsi menerusi laman Facebook miliknya.
1. Support System Terbaik Bagi Suami
Personaliti lelaki ni berbeza-beza. Ada suami yang memang perlukan isteri yang betul betul boleh fokus pada dia sahaja. Kalau tak, dia tak boleh nak fokus 100% pada kerjaya dia
2. Personal Assistant Terbaik Bagi Suami
Isteri ni mempunyai Emotional Connection yang sangat hebat pada seorang suami. Sebab tu lah sebaik mana pun lelaki tu, aib dan kelemahan suami tetap dipegang rapi oleh isterinya sendiri
Bila isteri tahu kelemahan suami, disitu lah letaknya kehebatan isteri sebab hanya dia sahaja yang tahu bagaimana nak kuatkan si suami
3. Coach Terbaik Anak-Anaknya Sendiri
Anak anak kita pun ada bermacam jenis personaliti dan setiap jenis personaliti tu kena ‘manage & coaching’ dengan cara yang berbeza
Walaupun si ibu tak pernah belajar ilmu parenting sekalipun, naluri keibuan dan ‘Gut Feeling’ mereka biasanya betul kalau si ibu betul betul fokus pada si anak. Itu yang membuatkan mereka lebih faham personaliti anak anak mereka dan coach terbaik untuk anak anak mereka sendiri
4. Mediator Terbaik Pasangan Dan Anak-Anak
Mediator ni adalah orang yang urus konflik antara 2 pihak yang sedang bergaduh dan pakar dalam mendamaikan mereka.
Isteri dan surirumah ni sebenarnya ada potensi menjadi Mediator terbaik sebab mereka lah yang hadap anak bergaduh 24 jam sehari, 7 hari seminggu.
Potensi menjadi Mediator ni akan lebih menyerlah bila mereka banyak mendengar, kurang judgemental dan suka selami perasaan anak anak dan pasangannya sendiri
Bila dah jadi Mediator terbaik ni, pergi masuk bisnes ataupun company mana pun mereka akan jadi sangat disukai ramai dan akan jadi penyejuk hati semua orang di sekeliling mereka
5. Specialist Mengurus Rumah
Sekarang ni ajar cara urus rumah pun dah boleh buat banyak duit. Ada yang ajar cara urus rumah gaya minimalist, ada yang ajar cara urus rumah gaya KonMari dan banyak lagi
Ya, kerana specialist mengemas rumah ni hanya ada seorang isteri terutamanya surirumah. Kerana jam terbang mereka dalam mengemas rumah ni dah lebih daripada 10,000 jam dah
Pegang kata kata saya ni ‘It takes 10,000 hours to master your craft. That’s 8 hours a day, 5 days a week, 44 days a year for 5 and half years’. Bila dah cukup lengkap dah jam terbang ni, anda dah dikira level Mastery dah dan layak untuk ajar orang lain walau hanya mengajar orang melipat kain atau mengurus rumah sekalipun
Kepada semua surirumah di luar sana, be proud of yourself. Ingat kata kata saya ni ‘ If you don’ t value yourself, you will always attract people who don’ t value you either ‘
Bagitahu berita baik ni pada semua surirumah yang anda kenal ya. Info ni mungkin akan mengubah hidup mereka buat selama-lamanya.
Anda mesti tidak sabar nak meraikan hari yang paling bermakna buat anda dengan dia dalam satu majlis yang sangat meriah.
Ada beberapa tips yang bakal pengantin boleh praktikkan untuk memudahkan kerja jurugambar untuk mendapatkan gambar yang menarik, smooth dan cantik.
1. Pemilihan warna Pelamin yang cerah atau light color. Color yang lembut seperti putih cream, light blue atau light purple. Asalkan warna yang light.
2. Kedudukan pelamin sebaiknya berada di kawasan yang cerah. Saya personally suka pelamin yang diletakkan di luar rumah(khemah atau beranda, car pouch) jadi pencahayaan sangat baik. Tetapi pastikan apabila menjelang petang lokasi pelamin tidak berada di kawasan matahari memancar.
3. Tempat. Sekiranya di Dewan, pastikan dewan mempunyai pencahayaan yang baik juga. tidak pasal-pasal jadi orang minyak korang atas pelamin tu. hehe
4. ELAKKAN penggunaan lampu Pelangi, lampu pelangi atau yang banyak warna dan bertukar tukar. Sebabnya ia akan menyebabkan warna kulit dalam gambar akan berubah rubah. Kerana kamera tidak seperti mata kita. Kalau warna kulit dah berubah memang susah baiki warna asal dan akhir sekali jadilah gambar hitam putih. Hehe
5. Tutup dinding disekeling pelamin dengan kain putih. Kain putih akan memberikan pencahayaan yang baik. Ini bagi mengelakkan warna cat dinding memantul kepada pengantin sekiranya jurugambar pakai flash. Kalau dinding putih tidak jadi masalah. Tapi kalau dinding warna kuning, biru, merah dan hijau contohnya memang habis gambar kawen korang jadi hulk.. menagis photographer korang edit nanti.
6. CUKUP TIDUR. Pengantin kena cukup tidur. Kalau tidak memang sangat susah untuk posing. Mood kelaut dan gambar juga kelaut.
Sumber : BroAden Phodeography
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!