Tak Yakin Mana Satu Pilihan Yang Tepat? Lakukan Solat Sunat Istikharah Dengan Cara Ini

Share

Sebenarnya, solat sunat Istikharah ini bukanlah hanya tertentu dalam bab memilih jodoh semata-mata. Di dalam hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, ia disebut secara umum – iaitu mana-mana orang yang diberatkan akan beberapa pilihan, maka hendaklah dia solat dua rakaat iaitu solat sunat Istikharah.

Cara solat sunat Istikharah

1. Lafaz niatnya:

Aku solat sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah Taala.

2. Antara surah yang dianjurkan ulama ialah:

Rakaat pertama, bacalah Al-Kafirun (1 kali)

Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (1 kali)

Atau;

Rakaat pertama, bacalah ayat Al-Kursi (7 kali)

Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (11 kali)

3. Dalam sujud akhir, baca tasbih berikut sebanyak 40 kali:

Maha Suci Dikau yang tiada ilmu bagi kami kecuali apa yang Dikau ajarkan (tunjukkan) kepada kami. Sesungguhnya Dikau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana!

4. Sebelum bangkit dari sujud, mohonlah kepada Allah SWT agar dipertunjukkan jalan yang betul dalam membuat keputusan dan pilihan.

5. Selesai memberi salam, bacalah selawat untuk dihadiahkan kepada Rasulullah SAW, para sahabat Baginda, para wali Allah dan seluruh umat Islam.

6. Kemudian baca doa solat sunat Istikharah:

7. Ulangilah doa tersebut sebanyak 3 kali. Ketika berdoa, sebaik-baiknya sebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah SWT. Misalnya: “Ya Allah! Jika Dikau mengetahui urusan ini ..….. (sebutkan perkaranya).” 

8. Serahkanlah sepenuh keyakinan kepada Allah SWT, sambil bermohon kepada-Nya agar diberikan petunjuk, sama ada didatangkan melalui mimpi, gerak hati atau dengan dipermudahkan urusan yang mana baik. Tidurlah dalam keadaan berwuduk dan berpakaian bersih.

9. Lakukan solat Istikharah 3 atau 7 hari berturut-turut, mengikut kepentingannya. In sha-Allah akan diberi kecenderungan atau digerakkan hati untuk membuat sesuatu keputusan atau pilihan yang betul.

Published by
Bella