Takdir Bersilangan, Engku Emran Hargai Kehadiran Tiga Wanita Hebat Dalam Hidupnya

Share

Terpaksa Engku Emran Engku Zainal Abidin menjernihkan spekulasi yang membanjiri di media sosial tentang rumahtangganya selepas hubungannya bersama Noor Nabila Mohd Noor yang juga kakak kepada pengacara, Neelofa berakhir.

Bertahan hanya dua tahun, baru-baru ini Nabila mendedahkan mereka sedang dalam proses penceraian dan akan diputuskan dalam masa terdekat.

Engku Emran Hargai Kehadiran Tiga Wanita Hebat Dalam Hidupnya

Menerusi hantaran di laman sosial, bapa kepada Engku Aleesya itu menitipkan situasi yang dilalui selepas kehilangan ibu tersayang pada 2 Julai lalu.

Dalam nukilannya di Instagram, Emran berkongsi penghargaan buat tiga wanita yang pernah berada di sisinya iaitu Erra Fazira, pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella dan Nabila.

Jelasnya, setiap daripada mereka hadir memberikan makna dan erti dalam hidup.

“Saya selalu bertanya kepada ALLAH mengapa DIA menghadirkan tiga insan hebat untuk menjadi menantu Mummy.

“Saya tidak pernah keluar untuk mencari dan tidak merancang untuk mengahwini mereka, tetapi ketiga-tiganya muncul dalam hidup semasa saya bekerja dan kami jatuh cinta.

“Seorang memberikan saya seorang anak. Seorang memperkenalkan saya kepada orang-orang hebat di Indonesia dan menunaikan haji bersama saya.

“Dan seorang lagi membuatkan saya menjadi anak yang lebih baik kepada Mummy. Jadi ia adalah hikmah mengapa takdir kami bersilangan,” titipnya.

Masih Dalam Keadaan Baik Biarpun Diuji

Dalam pada itu, Emran turut memaklumkan dirinya dalam keadaan baik biarpun kisah rumah tangga bersama Noor Nabila menjadi perhatian ramai akhir-akhir ini.

Emran mendirikan rumah tangga kali pertama bersama pelakon dan pengacara Erra Fazira pada 25 Oktober 2007 namun bercerai talak satu pada 17 Februari 2014.

Menerusi perkahwinan ini, beliau dikurniakan seorang cahaya mata perempuan dinamakan Engku Aleesya yang kini berusia 14 tahun.

Pada 8 September 2017, Emran berkahwin dengan selebriti Indonesia, Laudya Cynthia Bella.

Hanya bertahan tiga tahun, mereka berpisah pada 2020.

Engku Emran yang berkahwin dengan Nabila pada 19 Mac 2021 namun menyatakan hasrat berpisah selepas keluar dari rumah pada Januari lalu.

Biar pun perkahwinan ketiga ini tidak dikurniakan zuriat, Nabila pernah mendedahkan mengalami keguguran sebanyak tiga kali dan terakhir pada Jun 2022.

Sumber: Instagram Engku Emran

Published by
Nadia