Rumus agar Tenang saat menghadapi Masalah Hidup
♻️Rumus 1
Percaya, setiap masalah yg Allah Swt berikan adalah untuk meningkatkan kualiti hidup kita kearah yg lebih baik(mukmin).
Buktinya :
أَحَسِبَ ٱلنَّاسُ أَن يُتۡرَكُوٓاْ أَن يَقُولُوٓاْ ءَامَنَّا وَهُمۡ لَا يُفۡتَنُونَ
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji ?
-Surah Al-Ankabut, Ayat 2-
*Ujian sebagai tanda orang beriman.
♻️Rumus 2
Setiap ujian yg diturunkan ia sesuai dengan kita dan kerana Allah Swt tau hanya kita yang sanggup menanggungnya.
Buktinya :
لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِلَّا وُسۡعَهَاۚ
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.
-Surah Al-Baqarah, Ayat 286-
♻️Rumus 3
Percaya setiap masalah akan ada ada solusinya. Kerana itu janji Allah Swt yg sudah tertulis didalam Al Quran.
Buktinya :
فَإِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ يُسۡرًا
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
-Surah Al-Sharh, Ayat 5-
SUMBER : DAKWAH SANTAI
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI